TINTA AL-FAQIR_DUNGUN

al-faqir_dungun(one_u86@yahoo.com)

perjalanan hidup al-faqir

    follow me on Twitter
    22.45

    PENAWAR HATI

    Posted by al-faqir_dungun

    Insyallah dalam bab ini saya ingin menulis sedikit berkenaan buku yang pernah saya baca dan belajar ketika mana sedang belajar di salah satu tempat di Terengganu.Buku yang ingin saya tulis ini ialah buku berkenaan dengan tasawuf iaitu buku Penawar bagi hati yang dikarang oleh seorang ulama yang mashyur ketika dulu yang bernama As Syeikh Abdul Qodir Bin Abdul Mutalib Al Indonesi Al Mandili yang berasal dari Indonesia yang belajar di salah satu negeri di tanah melayu iaitu Kedah.Beliau mempunyai banyak penulisan yang di karang antaranya Perisai bagi sekalian mukallaf membincangkan tentang ilmu akidah,anak kunci syurga kitab yang mengabungkan antara ilmu akidah dan fikh dan tasawuf.ada juga antara kitab beliau karangan yang diharamkan ketika itu disebabkan membincangkan perkara berkenaan politik negara.Beliau mempunyai 3 orang isteri dan beliau lama menuntut ilmu ditempat yang penuh dengan berkat iaitu mekah mukaramah hingga menggelarkan diri beliau sebagai khadam ilmu di tanah haram Makkah.Bab yang pertama insyallah saya akan menulis berkenaan dengan anggota yang terlalu penting yang mana ulama dahulu memanggilnya dengan anggota yang tujuh iaitu



    • mata

    • telinga

    • tangan

    • kaki

    • lidah

    • kemaluan

    • perut

    Bab yang pertama ialah berkenaan dengan anggota mata

    MATA



    mata ialah salah satu anugerah yang datang dari ALLAH TAALA yang maha berkuasa kepada hambanya supaya hambanya dapat menggunakanya kearah jalan yang boleh mendapat redho dari tuannya.ALLAH TAALA menjadi kan mata untuk kegunaan dunia dan juga untuk akhirat.antara kegunaan mata untuk akhirat ialah:


    • melihat kepada AL QURAN

    • melihat kepada jalan untuk ke masjid

    • melihat kepada jalan untuk menuntut ilmu

    dan kegunaan untuk dunia:


    • dapat mengelakkan dari tempat yang meyakitkan

    • mengelak dari jatuh

    • mengelak dari berlanggar

    cara bersyukur dengan dengan mengunakan nikmat yang telah diberikan ini ialah dengan cara jangan melihat kepada benda benda haram seperti melihat perempuann yang lain dari isteri atau pun muhram.dan hendaklah mengunakan nikmat ini dengan cara yang disukai oleh tuan punya mata ini iaitu ALLAH TAALA.perkara yang perlu kita ingat bahwa semua ikmat yang diberikan oleh ALLAH TAALA ini akan dihisab dan di tanya kemana kita menggunakannya.amat lah malu kita sekiranya kita berhadapan dengan ALLAH TAALA dalam keadaan kita menggunakan nikmat yang diberikan dengan cara yang salah.jadi sebelum terlambat marilah kita sama sama memulakan hari baru kita ini dengan menggunakan nikmat ini dalam mencari cinta ALLAH TAALA.sambungan lepas exm.....

    0 comments:

    Posting Komentar

    Posting Komentar