terlaksananya syariatNya dan tunduknya segala fahaman, agama dan ajaran yang lain. Sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyari r.a. katanya: Sesungguhnya seorang lelaki Badwi iaitu
Arab desa datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya: ?Wahai Rasulullah!
berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk
membuktikan kejantanannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya.
Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?? Rasulullah s.a.w. menjawab:
Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di
jalan Allah.(Riwayat Muslim)
Allah taala. sendiri menuntut agar agamaNya ini siletakkan mengatasi segala ajaran yang lain.
Tuntutan ini jelas dinyatakan oleh Allah taala ketika menjelaskan tentang matlamat pengutusan
Rasulullah s.a.w. kepada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dialah (Allah) yang telah mengutus rasulNya dengan hidayah petunjuk dan agama yang sebenar
supaya dimenangkanNya atas segala agama walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin.(al-
Saff : 9)
Al-Maududi menyatakan:
Sebagaimana halnya dengan din-din lainnya, din Allah ini juga menuntut bahawa seluruh urusan mesti diserahkan kepadaNya semata-mata. Sedangkan semua din yang berlawanan
dengannya mesti ditundukkan. Kalau tidak, ia akan dapat menuntut kepatuhan rakyat, kerana kalau
din ini telah berlaku, maka tidak akan ada lagi din kerakyatan nescaya akan timbul din komunis.
Tuntutan ini tidak bererti bahawa Islam bertindak memaksa manusia memeluk Islam dan
menghapuskan terus ajaran lain secara kekerasan kerana kekerasan dan paksaan tidak akan
menghapuskan apa yang ada dalam hati dan fikiran manusia. Ini dijelaskan dalm konsep dan etika
peperangan dalam Islam antaranya ialah larangan manakut-nakutkan orang ramai,melampau,
membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua yang sudah kabur pandangan, paderi-paderi, penjaga
gereja, membakar pokok dan membunuh haiwan tanpa maslahah. Demikian juga difahami dari ayat
ke 40 Surah al-Hajj:
Maksudnya:Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan
sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah ibadat
orang Yahudi dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah .?
Tuntutan itu sebenarnya adalah supaya Islam mendominasikan seluruh suasana dan kekuasaan
pemerintahan agar manusia dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam lalu mereka akan
menerima Islam sama ada sebagai agama anutan atau sebagai pemerintahan yang adil dengan secara
rela. Firman Allah s.w.t. Surah at-Taubah, ayat 40:
Maksudnya:Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimat Allah itulah orang orang tinggi.
Tuntutan menzahirkan agama ini dijelaskan sehinggalah dalam soal peperangan. Tujuan peperangan
dalam Islam sendiri adalah untuk memastikan bahawa Islam menjadi penentu dalam percaturan
politik dan hidup manusia. Firman Allah s.w.t.:Maksudnya:Dan perangilah mereka (orang-orang kafir) sehingga tiada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya menjadi semata-mata untuk Allah.(al-?Anfal : 39)
Menurut Saiful Islam, maksud dari perkataan perangilah adalah agar kekufuran tidak melata dan
agar din Allah taala di atas segala -galanya, sehingga din al-Islam ada di mana-mana
0 comments:
Posting Komentar