Iltizam (komited) dengan Islam membawa maksud, pelaksanaan aspek dan konsep agama yang dilakukan oleh seorang muslim dengan memelihara hubungan intimnya dengan Allah SWT selaku Pencipta.
Dengan kata lain, iltizam itu ialah segala tindakan dan tingkah laku muslim bagi merealisasikan makna Islam, iaitu menyelamatkan bangsa manusia atau penyerahan diri mereka hanya kepada Allah dengan sebenar-benarnya menerusi pengamalan agama dalam segenap bidang kehidupan, kepercayaan (akidah), peribadatan, perlakuan, perhubungan atau pergaulan sesama manusia.
Begitu juga dengan masyarakat umat Islam dikatakan sebagai umat yang beriltizam dengan Islam, apabila melaksanakan tuntutan agama dalam pegangan akidah mereka, kepercayaan, peribadatan, perlakuan, perhubungan dan pergaulan sesama umat Islam dan manusia sejagat.
Bukti iltizam itu telah dirakam oleh Allah SWT dalam ayat 162 surah al-An�am yang bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad) �Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam�.
*Iltizam juga diungkapkan sebagai mencapai atau merealisasi perutusan kejadian manusia, perkara ini telah disebut oleh Allah dalam surah az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud : �Tidak Aku (Allah) menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah (beribadat) kepada-Ku�.
*Selain itu, iltizam juga diertikan sebagai menerima segala hukum-hakam Allah dalam al-Quran dan apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w dengan pasrah dan bersungguh-sungguh, hakikat ini diperjelaskan oleh Allah menerusi ayat 36 surah al-Ahzab yang bermaksud : �Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak pula bagi wanita yang beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka�.
Justeru, kita perlu bertanya pada diri sendiri, apakah kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beriltizam dengan Islam, atau hanya berpura-pura atau menerima Islam separuh-separuh ataupun menerima Islam apabila sesuai dengan naluri, dengan kata lain, Islam tunduk pada kehendak kita, bukannya kita yang patut tunduk dan akur kepada segala ajaran Islam.
Tanda beriltizam kepada Islam
Para ulama� bersepakat mengatakan bahawa, iltizam itu dapat dikenal pasti menerusi penyerahan diri muslim pada perkara yang zahir dan batin. Dalam perkara zahir, seorang muslim itu melaksanakan segala perintah Allah yang wajib ditunaikan seperti pelaksanaan ibadat solat, puasa, haji, zakat, memakai hijab (tudung kepala) bagi muslimat, berakhlak mulia dan lain-lain.
Sementara dalam perkara batin pula, seorang muslim itu wajib beriltizam dengan aspek ketuhanan dalam mentauhid (mengesakan) Allah, bertakwa kepada-Nya, takut kepada ancaman dan hukuman-Nya, mengharapkan keampunan dan rahmat hanya daripada-Nya dan banyak lagi.
Justeru menurut para ulama�, jika seseorang itu menzahirkan kepada manusia kebaikannya seperti banyak solat sunat, puasa sunat, suka menderma, suka tolong orang lain, berulang alik ke masjid, sedangkan dia tidak begitu, suka mengumpat, memfitnah orang, menuduh orang tanpa bukti kukuh, pakai tudung kepla pada masa tertentu, maka dia dikatakan tidak beriltizam dengan Islam, atau paling tidak dikatakan iltizamnya masih berkurangan.
Kerana iltizam itu tidak dapat dibuktikan pada amalan sehari dua, malah ia perlu berterusan tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain, ia dilakukan atas dasar ikhlas kerana Allah SWT.
Jalan terbaik untuk mengekalkan iltizam kepada Islam, ialah bersahabat dengan orang-orang yang baik-baik, apatah lagi mereka yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah SWT, menyuruh yang makruf, mampu pula mencegah kemungkaran, berdakwah dengan penuh hikmah, berakhlak mulia, tidak wujud sebarang kepentingan dunia, apa yang diharap hanyalah keredaan Allah, ia menepati seruan Allah menerusi ayat 28 surah al-Kahfi yang bermaksud : � Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru kepada Allah, di waktu pagi dan malam dengan mengharapkan keridaan-Nya, janganlah kamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan (habuan) kehidupan dunia ini, janganlah kamu mengikuti orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami serta mengikut hawa nafsu, sesungguhnya urusan hidup mereka telah melampaui batas�.
Mudah-mudahan, kita mampu dan boleh berdoa kepada Allah SWT, agar menjadikan diri kita, isteri, anak-anak, adik-beradik, terlebih lagi kedua iba bapa kita, agar dimasukkan dalam kategori hamba Allah yang sentiasa dan kekal beriltizam dengan Islam, berjuang kerananya dan mati pada jalannya,
Waspada terhadap golongan sesat di kalangan umat Islam
Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan umatnya sejak empat belas abad yang lalu, iaitu satu tempoh yang agak lama, sepeninggalan baginda sebenarnya telah memberikan banyak input mengenai Islam dalam bentuk yang mudah difahami, apatah lagi umat hari ini yang boleh disifatkan sebagai golongan manusia yang mudah untuk memahami sesuatu, kerana mereka semakin cerdik.
Namun begitu, apa yang sepatutnya diharapkan dari umat ini ialah bagaimana mereka boleh menjadi individu-individu yang terbaik dalam segenap aktiviti atau agenda harian hidup mereka, kerana peluang dan kesempatan untuk mereka menggarap khazanah ilmu peninggalan baginda Rasulullah s.a.w. terbentang luas, sepatutnya mereka boleh jadi lebih baik dibandingkan umat terdahulu, sama ada di kalangan para sahabat, tabi�in dan generasi selepas itu.
Tetapi apa yang dapat dilihat di kalangan umat Islam hari ini, mereka semakin menjadi lemah tidak keharuan, jumud (beku) cara berfikirnya, malah ada yang tersasar jauh daripada ajaran Islam sebenar, akibat tidak duduk dalam majlis-majlis ilmu atau bersama dengan golongan yang mampu mengingatkan mereka kepada Allah SWT.
Benarlah apa yang disabdakan oleh baginda Rasulullah s.a.w., �bahawa akan datang satu masa (dianggarkan masa itu ialah pada hari ini), ramai di kalangan umat Islam menjauhkan diri daripada golongan ulama (tidak mahu memperdalami ilmu agama), tindakan mereka itu sebenarnya telah mengundang kemarahan Allah, dan Allah timpakan tiga bala ke atas diri mereka, iaitu Allah akan menarik segala sumber keberkatan dalam usaha/pekerjaan yang dilakukan, mereka akan diperintah oleh para pemerintah yang zalim dan mereka akan meninggalkan dunia ini dengan tidak membawa walaupun secebis iman dalam diri mereka.�
Justeru, tidak hairanlah jika mereka bertindak sesuatu yang menyalahi ajaran agama Islam, akibat daripada menjauhkan diri daripada ulama yang merupakan pewaris nabi-nabi, malah mewarisi tugas, kerja, peranan nabi-nabi dalam menyampaikan kebenaran untuk menyeru manusia seluruhnya menerima Islam sebagai satu-satunya agama yang diperakui Allah SWT.
Sehubungan itu, baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang bermaksud : �Bagi orang yang mempelajari ilmu-ilmu agama, mereka akan berhadapan dengan (tiga) golongan yang mencabar keilmuan mereka, iaitu golongan yang menyeleweng daripada kebenaran agama Islam lagi melampaui batas-batas agama, golongan yang mencipta agama baru dan golongan yang jahil tentang Islam, tetapi cuba mentafsirkan Islam mengikut kepala mereka.�
Jelas daripada apa yang ditegaskan oleh baginda, sesungguhnya bagi mereka yang benar-benar komited dengan Islam, berusaha untuk menyampaikannya kepada orang lain, tetapi pada masa yang sama akan berhadapan dengan golongan-golongan yang disifatkan oleh baginda sebagai anti kepada Islam yang mesti dibendung dengan apa cara sekalipun , lebih-lebih lagi golongan pemerintah.
Kenapa tidak, kerana golongan-golongan tersebut boleh memudaratkan akidah, pegangan, kepercayaan yang dianuti oleh orang-orang Islam yang lemah cara berfikirnya, dibimbangi akan mendatangkan musibah yang berpanjangan pada masa akan datang.
Kenyataan baginda di atas telah disebut seribu tahun yang lalu, tetapi ia dianggap segar dalam minda umat Islam yang sayangkan agama mereka, ini kerana golongan yang menyeleweng daripada kebenaran agama Islam lagi melampaui batas-batas agama semakin berleluasa dalam masyarakat, ia dapat dilihat dengan tindakan para pengusaha atau pengamal perfileman yang menerbitkan filem-filem yang dianggap tersasar jauh daripada kebenaran Islam dan sekaligus melampaui batas-batas agama Islam yang suci daripada sebarang bentuk penyelewengan.
Begitu juga dengan golongan yang mencipta agama baru, seperti lahirnya golongan yang mengaku menjadi nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w., seperti Kahar Ahmad, Ayah pin dan lain-lain yang masih aktif dengan penyelewengan mereka yang sepatutnya dihukum sebagai terkeluar daripada agama Islam, namun penguatkuasaan ke atas mereka masih berada pada jalan buntu yang belum dirungkai.
Ini termasuk penyelewengan golongan yang cuba mentafsirkan Islam, sedangkan mereka sebenarnya jahil mengenainya, ia dapat dilihat seperti tindakan golongan liberisme, pluralisme, �sisters in Islam� dan lain-lain yang jelas menunjukkan kejahilan mereka mengenai Islam, tetapi cuba mentafsirkan Islam yang jelas menyimpang jauh daripada landasan Islam sebenar.
Yang dibimbangkan, jika golongan-golongan berkenaan tidak dibendung dengan kadar segera oleh pihak berkuasa, lambat laun akan mempengaruhi umat khususnya di kalangan golongan remaja yang longgar ikatan dan hubungan mereka dengan Islam, kerana golongan-golongan berkenaan tidak pernah berdiam diri daripada berperanan untuk menyatakan pandangan mereka mengenai Islam mengikut acuan mereka yang tidak selari dengan islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
TARBIYYAH RUHIYYAH TANGISAN KERANA TAKUT KEPADA ALLAH � SATU PENILAIAN TERHADAP PERSOALAN HATI
Fenomena tangisan di kalangan manusia hari ini mempunyai maksud yang tersendiri, ini kerana ada yang menangis sebab ditinggalkan orang yang amat dikasihi, sama ada seorang kekasih, ibu, bapa, anak-anak, jiran, sanak saudara terdekat dan seumpamanya.
Terdapat juga yang menangis kerana terlalu gembira sebab bertemu semula dengan orang yang terpisah sejak sekian lama, ada juga di kalangan mereka yang terlalu mudah untuk mengalirkan air mata apabila menonton sebuah cerita yang berkonsepkan kesedihan dengan pelbagai karenah dan watak dalam filem tertentu.
Apapun amat sukar hari ini untuk mendapatkan jenis manusia yang menangis kerana takutkan Allah sebab ia amat terbatas, ini kerana jiwa serta hati mereka tidak terikat melalui hubungan dengan Allah selaku Pencipta, atau dengan kata lain hati mereka tidak melalui proses tarbiyyah seperti yang dialami oleh generasi silam.
Hati manusia hari ini tidak selembut mereka yang terdahulu daripada kita, malah tidak berusaha untuk mencari jalan bagaimana hati tersebut dapat dilunak dan dijinakkan melalui hubungan dengan Allah SWT.
Pendek kata, faktor yang menyebabkan manusia hari ini tidak mementingkan persoalan pensucian hati dan jiwa adalah disebabkan mereka tidak menggarap ilmu agama dengan sepatutnya, mereka membiarkan hati tersebut kosong dan akhirnya terjebak dalam kancah yang amat dikutuk oleh Allah SWT.
Justeru, baginda Rasulullah s.a.w ada memberi wasiat kepada Saidina Ali Bin Abi Talib yang membawa maksud : �Wahai Ali, jika sekiranya berlalu 40 hari di kalangan orang-orang Islam dan mereka tidak duduk (secara langsung) dengan para alim ulama� (menadah kitab, maka mereka akan ditimpakan oleh Allah dengan dua implikasi, pertama hati mereka menjadi keras dan kedua mereka berani pula (terjebak) melakukan dosa-dosa besar�.
Jelas daripada wasiat baginda s.a.w di atas menunujukkan kepada kita, bahawa apabila seseorang muslim itu yang tidak bersedia untuk duduk bersama alim ulama� untuk belajar daripada mereka, maka dia akan ditimpakan dua perkara, hati keras yang tidak memungkinkan dia mendapat petunjuk daripada Allah malah berani pula melakukan dosa-dosa besar seperti meninggalkan solat, membunuh, meragut, memfitnah Islam, membenci ulama�, menderhaka kepada kedua ibu bapa, melanggar perintah Allah, menghina hukum-hukum Islam, meletupkan mangsa yang dibunuh dan banyak lagi yang dianggapa sebagai jenayah di sisi Allah SWT.
Pendekatan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad mengenai nilai air mata
Sehubungan itu, Allah menjelaskan, menerusi ayat 109 surah al-Isra yang bermaksud : Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangil dan mereka bertambah khusyu.
Itulah sikap dan nilai orang-orang yang beriman sungguh-sungguh kepada Allah SWT, di mana mereka tidak akan mudah mengalirkan air mata melainkan apabila melihat Islam ditekan, diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh tangan-tangan pengkhianat agama, negara dan bangsa.
Keadaan ini amat berbeza sekali dengan orang Islam hari ini yang tidak peka atau prihatin dengan perkembangan semasa yang melibatkan undang-undang Islam yang masih tidak terlaksana dan mereka tidak sedih apatah lagi mengeluarkan air mata kerananya.
Mereka juga tidak berusaha merebut peluang untuk dimasukkan dalam salah satu daripada tujuh kategori manusia yang mendapat naungan Allah pada hari kiamat, seperti yang ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam sebuah riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Abu Hurairah (r.a), bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : �Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada hari Kiamat (di padang Mahsyar), di mana tidak ada naungan melainkan naungan Allah :- Pemerintah yang adil, seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah dan berpisah kerana Allah, remaja yang membentuk dirinya untuk beribadat kepada Allah, seorang lelaki yang digoda oleh seorang wanita yang rupawan, hartawan dan mempunyai kedudukan, lalu dia berkata, sesungguhnya aku takut kepada Allah (atau sebaliknya), seorang yang mendermakan dengan tangan kanannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui (kerana ikhlas) dan seseorang itu yang mengingati Allah (dengan mengenangkan segala dosa yang dibuat) hingga mengalirkan air mata (kerana takut kepada Allah)� - Hadis Sohih.
Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah s.a.w bersabda : Seseorang itu tidak akan masuk neraka disebabkan dia menangis kerana takut kepada Allah........... Hadis riwayat at-Tirmizi.
Sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w banyak memberi motivasi kepada umatnya dengan kata-kata hikmat (hadisnya) yang mampu mengalirkan air mata bagi golongan yang memiliki hati yang sejahtera daripada amalan syirik, nifaq dan menyanggah hukum Allah SWT, tetapi bagi mereka yang keras hatinya daripada amalan Islam, atau kosong daripada penghayatan agama, walau dibacakan ayat al-Quran kepada mereka, tetap tidak akan berganjak dan terus berada dalam kesesatan.
Allah SWT menegaskan dalam ayat 23 surah az-Zumar (39) maksudnya : Maka apakah orang-orang yang dibuka Allah hatinya untuk menerima Islam lalu dia mendapat cahaya daripada Tuhannya sama dengan orang keras hati? Maka celakalah bagi mereka yang keras hatinya dari mengingati Allah, sesungguhnya mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata�.
Kesan air mata positif yang melayakkan masuk syurga Allah
Para ulama telah menggariskan beberapa pendekatan bagi memperolehi jalan untuk memastikan agar air mata yang mengalir itu adalah disebabkan takut kepada Allah SWT : 1- Bergaul dengan para solihin di kalangan orang-orang alim yang sering mengingatkan diri kepada Allah, serta merasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan agama-Nya yang semakin hari semakin tercemar dengan tindakan orang-orang Islam sendiri. 2- Memerhati alam sekeliling ciptaan Allah bagi membangkitkan diri daripada alpa kepada istiqamah dengan Islam dengan merasakan Allah Maha Agung dalam penciptaan-Nya. 3- Sentiasa melakukan muhasabah diri terhadap segenap kesalahan yang pernah dilakukan, ia tidak dapat dikesan melainkan duduk bersama dengan golongan ahli ilmu. 4- Mencari atau menyediakan persekitaran yang baik adalah salah satu kaedah untuk mampu menangis kerana takut kepada Allah. 5- Mencari contoh teladan yang baik lagi solih bagi mencerminkan diri kepadanya.
Jika semua perkara di atas dapat dilakukan, nescaya seseorang muslim itu berjaya menemui noktah penting bagi menjamin dirinya untuk terus menangis kerana takut kepada Allah SWT.
Rujukan: Ustaz Zainudin Hashim

0 comments:
Posting Komentar