Dewasa ini kebanyakan kita melihat bahawa ramai ust yang mengajar perkara yang berkaitan dengan bab yang membatalkan sembahyang,puasa,wudud,haji dan lain-lain ibadat tetapi jarang kita lihat atau kita dapati ust atau pun tenaga pengajar mengajar di surau atau pun di masjid hal yang berkaitan dengan perkara yang membatalkan iman sedangkan kalau kita lihat inilah perkara yang utama yang patut kita serap didalam jiwa umat islam hari ini kerana inilah yang diajar oleh Rasulullah SAW ketika mana memulakan dakwah baginda Saidina Rasulullah SAW dengan mengajar bab berkaitan dengan akidah atau iman yang mengambil masa selama 13 tahun di Mekah.Insyallah saya disini ingin meyumbang sedikit saham dalam dunia dakwah blogger ini dan saya berharap usaha yang saya buat ini merupakan juga saham saya untuk kehidupan di dunia kekal.saya disini tidaklah mendatangkan nas-nas dari Al-Quran dan Hadis kerana ini mugkin meyulitkan para pembaca dan sekiranya ada teguran dari pihak peminat blog ini saya dengan berbesar hati dan berlapang dada menerima teguran dari pihak tuan dan puan.
Bab yang membatalkan iman
1. Mengingkari sifat rububiah Allah Taala atau mengcelanya
2. Mengingkari atau mengcela nama dan sifat Allah Taala.
3. Mengingkari atau mengcela sifat uluhiyyah
4. Mengingkari atau mengcela Rasulullah SAW atau kerasulannya
Perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah
1. Bertawakal dan bergantung dengan selain dari Allah Taala
2. Tidak megakui bahawa nikmat yang zohir dan batin datang daripada Allah Taala
3. Beramal kerana yang lain daripada Allah Taala tidak dengan izinya kerana kita telah berikrar dalam sembahyang bahawa semua amalan perbuatan kita adalah kerana Allah Taala semata-mata
4. Memberi hak secara mutlak kepada selain dari Allah Taala dari segi mengadakan hukum syariat
5. Timbul perasaan benci kepada islam samada keseluruhan atau sebahagian sahaja kepada agama Islam
6. Menghalalkan apa yang diharamkan dan mengharamkan apa yang dihalalkan yang telah ditentukan oleh Allah Taala
7. Tidak beriman dengan nas Al-Quran dan Sunnah adalah juga perkara yang membatalkan ikrar syahadah kita
8. Diantara perkara yang membatalkan syahadah jugak ialah mempercayai (wala)kepimpinan orang kafir dan munafik
9. Perkara yang membatalkan jugak syahadah ialah apabila melakukan ibadat atau upacara selain dari islam dan adalah tidak layak bagi seseorang islam itu melakukannya yang tidak boleh ditakwilkan melainkan kufur dan syirik contohnya yang lain ialah seperti rukuk dan sujud kepada selain dari Allah Taala ataupun melakukan pemujaan dan peyembahan secara kafir.
10. membatalkan juga syahadah apabila kita mengkafirkan orang islam atau tidak mengkafirkan orang yang kafir
maklumat ini semua adalah yang berkaitan dengan perkara yang terlalu besar yang mana menjadi kewajibaan kita sebagai orang islam untuk megatahuinya maka bagi kita yang megakui bahawa seorang pejuang agama Allah Taala perlulah kita menjaga iman dan memastikan sentiasa mantap iman supaya kita betul-betul orang yang termasuk dalam firman ALLAH Taala iaitu mereka yang mati didalam agama ALLAH TAALA iaitu agama ISLAM dalam keadaan beriman kepada apa yang di ajar oleh Saidina Rasulullah SAW.
Rujukan :kitab akidah muslimim oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang.
0 comments:
Posting Komentar