TINTA AL-FAQIR_DUNGUN

al-faqir_dungun(one_u86@yahoo.com)

perjalanan hidup al-faqir

    follow me on Twitter
    02.35

    hukum tinggal sembahyang

    Posted by al-faqir_dungun
    HUKUM TINGGAL SEMBAHYANG

    Tinggal sembahyang terdapat dua keadaan:
    • Meninggalkan sembahyang dalam keadaan iktikadnya(kepercayannya)menafikan kewajipan sembahyang maka hukumnya ialah murtad(keluar dari islam)nauzubillah min zalik
    • Meninggalkan sembahyang dalam keadaan malas dalam waktu yang sama masih lagi beriktikad kewajipannya maka kerajaan wajib menyuruh dia bertaubat sekiranya dia bertaubat maka dibebaskan tetapi kalau dia enggan bertaubat maka hukumnya bunuh.
    Hukum ini datang dari ketentuan yang telah ditetapkan oleh ALLAH TAALA yang mana ia di buat kajian oleh ulama-ulama berkenaan dengan ayat al quran dan juga hadis rasulullah yang banayk yang mengambarkan bahawa sembahyang ini ada lah perkara yang paling asas dan yang paling dasar dalam agama islam yang mana menjadi kewajipan kepada orang islam untuk menjaga dan memeliharanya. sekadar gambar hiasan

    Memandangkan kedudukan sembahyang adalah perkara yang terlalu besar dan ia adalah pokok agama maka sebahagian para Sahabat Rasulullah SAW dan sebahagian ulama tabiin dan sebahagian daripada ulama kemudian berpendapat bahawa orang-orang muslim yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja hukumnya kafir.sahabat-sahabt yang berpendapat demikian ialah seperti Umar bin Khattab,Abdullah bin Masuud,Abdullah bin Abbas,Muaz bin Jabbal,Jabir bin Abdullah dan Abu Darda Radiaallahhuanhum.tetapi sebahagian yang lain pula berpendapat bahawa orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja selama tidak mengingkari tentang wajibnya maka hukum orang itu ialah fasik tetapi ia hendaklah dipenjarakan sehingga ia tunaikan sembahyang supaya ia tidak jadi ikutan yang buruk kepada orang lain.

    Imam-imam mazhab berpendapat bahaw wajib dibunuh keatas orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja sebagaimana dijelaskan oleh Syeikh Muhammad Ahmad didalam kitabnya.

    Imam-imam mazhab mengatakan wajib di bunuh ornag yang meninggalkan sembahyang itu kerana kekufurannya itu seperti Imam Ahmad,Imam Ishak dan Imam Abdullah bin Mubarak.Manakala yang mengatakan wajib dibunuh kerana menjalankan had seperti Mazhab Maliki,Syafie dan Abu Hanifah.sila rujuk kitab Bidayatul Mujtahid.Beginilah hukumnya syariat Islam keatas mereka dusta kerana tidak menunaikan salah satu rukun yang terpenting itu.Bagi kita sebagai seorang yang faham syariat ALLAH TAALA itu tidak merasai terkejut dan inilah apabila mendengar hukuman terhadap mereka yang meninggalkan itu kufur atau fasik.Brtambah jelas lagi apabila kita memperhatikan kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
    "Ikatan islam dan asas-asas agama itu ada tiga perkara diatas inilah yang tertegak islam,barangsiapa yang meninggalkan salah satu daripadanya maka dia menjadikan kafir dan halal darahnya iaitu syahadah tiada tuhan selain dari ALLAH TAALA,sembahyang yang diwaibkan dan puasa di bulan Ramadhan".

    rujukan:matan abi sujak
    :masaalah masbuk dan muaafik

    0 comments:

    Posting Komentar

    Posting Komentar