TINTA AL-FAQIR_DUNGUN

al-faqir_dungun(one_u86@yahoo.com)

perjalanan hidup al-faqir

    follow me on Twitter
    17.36

    hati

    Posted by al-faqir_dungun
    jam sudah pukul 4 pagi namun mata masih lagi belum mahu tutup mungkin kerana waktu siang tadi terlalu banyak berehat dengan menggunakan anggota mata ini.sudah lama tidak aku menconteng sesuatu dalam blog ini bukan kerana sibuk dan bukan juga kerana masalah internet cuma sifat malas yang memeluk jiwa ini meyebabkan tangan berat untuk menari di atas papan kekunci ini dan jugak akal malas untuk memutarkan maklumat yang tersimpan di dalamnya.cuma pagi ini sebagai muhasabah untuk diri yang hina ini aku cuba untuk menguatkan diri ini untuk mencoretkan sesuatu dalam blog aku ini.

    beberapa hari sebelum ni aku dan juga guru-guru aku iaitu dr malik,dr zuket,dr anas,dr hasyim,dr fahmi,dr najmi,ust mat,dan juga dr akhowat dan ustazah dan ramai lagi(yang aku lupa nama mereka maafkan insan yang lemah ini)baru habis tamatkan kitab penawar hati karangan syeikh abdul qadir al-mandili ALHAMDULILLAH.apabila aku habiskan kitab ini aku kadang2 menitiskan mutiara di pipi aku ini kerana memikirkan apabila bertambah ilmu seseorang namun tidak bertambah amalan maka ingatlah bahawa ia satu tanda bahawa kita makin jauh dengan ZAT YANG MAHA MULIA.aku takut aku tergolong dari kalangan ini.
    YA ALLAH jauh kan lah aku dari golongan ini.

    apabila membicarakan kitab ini yang ia berkaitan dengan hati,aku merasakan bahawa memang akulah insan yang yang mempunyai hati yang bersadurkan dengan karat maksiat.aku takut dengan diri ini kerana merasakan diri ini seperti burung kakak tua yang hanya pandai bertutur namun tidak pernah memahami apa maksudnya.aku merasakan memang pegarang kitab ini menulis kitab ini adalah untuk memberi pengajaran kepada orang seperti diri aku ini yang sentiasa dalam maksiat dalam waktu yang sama tidak ada usaha untuk berubah.

    bagi diri aku ini untuk menghabiskan sesebuah kitab tidaklah sulit nak di bandingkan dengan nak mengamalkan apa yang terdapat di dalam kitab ini.

    "YA ALLAH BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA AKU INI UNTUK AKU BERADA TETAP DIATAS JALAN MU YA ALLAH"

    aku sangat berkenan dengan kata-kata imam ghazali di dalam kitab bidayatul hidayah yang telah aku habiskan bersama dengan guru-guru ku sebelum ini.imam ghazali mengatakan bahawa

    "JANGAN LAH KAMU WAHAI PENUNTUT ILMU AGAMA MENCARI ILMU YANG BERKAITAN DENGAN MASALAH CABANG DALAM FIKAH SEKIRANYA MASALAH HATI KAMU MASIH LAGI BELUM SELESAI"

    biarlah aku berbicara dengan hati aku pagi ini untuk cuba menjadi hamba yang berjalan di muka bumi in dengan bertatahkan hati yang berkilau seperti mana mutiara INSYALLAH.
    aku rasa sekadar ini dahulu coretan buat pagi ini agar ia menjadi santapan rohani makanan untuk jiwa yang kosong dari ilmu dan untuk insan hina dan faqir ini.tq guru-guru ku.

    0 comments:

    Posting Komentar

    Posting Komentar