TINTA AL-FAQIR_DUNGUN

al-faqir_dungun(one_u86@yahoo.com)

perjalanan hidup al-faqir

    follow me on Twitter
    21.28

    berbangga dengan maksiat

    Posted by al-faqir_dungun
    pada hari ini kita kekejutkan satu peristiwa yang mana sangat mengejutkan dan memalukan yang berlaku ditanah air sendiri sendiri iaitu malaysia negara yang mana pemimpin negara mengaku bahawa malaysia salah satu negara islam yang menjadi contoh.kalau kita dapati berita metro menceritakan keadaan yang berlaku pada pemuda negara yang semakin hari semakin lalai dengan dunia hiburan dan dunia maksiat dalam waktu yang sama mereka berbangga pula dengan maksiat yang mereka lakukan.

    pemuda-pemuda ini pada seawal usia 10 tahun sudah ada yang minum arak,berzina,merempet dan banyak lagi.malah mereka akan memulau dan menghina kawan-kawan mereka yang masih lagi mempunyai dara dalam waktu yang sama mereka memaksa kawan mereka yang masih dara itu supaya berzina.inilah yang berlaku pada masyarakat kita hari ini dalam pemikiran kita kenapa hal ini berlaku?kepada siapa yang kita nak persalahkan?

    persoalan ini sebenar telah lama terjawab sejak 1400 tahun dahulu lagi di mana pernah rasulullah SAW bersabda.

    "aku tinggalkan kepada kamu dua perkara sekiranya kamu berpegang dengan nya tentu kamu tidak akan sesat selamanya dua perkara itu ialah al-quran dan sunnah rasulullah "

    sekiranya kita yakin dengan pesanan nabi ini tentu kita akan kembali kepada sumber asal iaitu al-quran dan sunnah seperti mana yang dijelaskan oleh ALLAH TAALA sendiri yang bermaksud"

    apabila kamu berbalah mengenai sesuatu maka hendaklah kamu kembali ke ALLAH dan RASUL"


    maka disini suka saya sarankan kepada semua supaya kita kembalilah kepada quran dan sunnah dan jangan disebabkan sesuatu yang kita taksub padanya hingga kita sanggup menghina quran dan sunnah sepertimana pernah berlaku ditanah air sendiri yang mana mereka sembahyang hajat supaya tidak melaksanakan hukum islam.jadi marilah kita sama-sama melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh ALLAH TAALA supya kita berjaya.dan biarlah kita dihina oleh semua manusia disebabkan kita berjuang kerana untuk menegakkan perintah ALLAH dari kita dipuji oleh semua manusia pada waktu yang sama di bawah laknat ALLAH TAALA nauzubillah min zalik.

    saya dengan penuh yakin bahawa semua masaalah akan selesai sekiranya kita kembali kepada kepada al-quran dan sunnah.ini kerana kita telah tengok bagaimana zaman RASULULLAH ialah zaman yang paling agong yang mana semua manusia dan makhluk lain jadi bahgia dengan tertegaknya ISLAM wallahualam

    0 comments:

    Posting Komentar

    Posting Komentar