TINTA AL-FAQIR_DUNGUN

al-faqir_dungun(one_u86@yahoo.com)

perjalanan hidup al-faqir

    follow me on Twitter
    00.26

    sedia

    Posted by al-faqir_dungun
    Segala puji bagi ALLAH TAALA dengan segala pujian yang sebenar-benar pujian dan solawat dan salam bagi junjungan Agong Saidina Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam dan keluarga baginda dan juga sahabat baginda yang di redoi oleh ALLAH TAALA.

    Telah lama aku mendiamkan diri bukan kerana tidak ingin untuk membuat post terbaru namun kerana kecetekan ilmu didada untuk aku berkongsi dengan sahabat-sahabat sekelian.saat ini aku hanya sekadar membuat coretan untuk muhasabah diri yang hina ini.bahan yang ingin aku kongsi bersama ialah berkenaan persedian untuk bermunajat dengan ALLAH TAALA(sembahyang).aku merasa pelik apabila laungan azan dari muazzin telah berkumandang namun aku tetap dengan dunia aku yang bersembang tetap dengan bersembangya,yang bermain tetap dengan mainanya,yang dengan lap topnya tetap dengan dunia nya itu.mugkin dalam pemikiran aku ini waktu untuk menunaikan sembahyang masih lagi panjang jadi tidak perlulah bersegera untuk turun untuk sembahyang awal tapi bila aku fikir semula aku ini pelajar agama belajar di mesir bumi yang penuh berkat kalau inilah kelakuan aku sebagai pelajar agama apatah lagi mereka yang tidak mempelajari ilmu agama secara khusus?sepatutnya akulah yang menjadi contoh untuk mereka ini dan akulah orang yang sepatutnya menghidupkan sunnah.
    ketika mana aku belajar pernah diberitahu kepada aku oleh guru ku jangan suka bertangguh dalam menunaikan ibadat kerana cuba fikir sekiranya pada hari kiamat nanti ALLAH TAALA menangguhkan atau melambatkan hisaban kita tentu penderitaan yang kita hadapi terlalu meyiksakan jadi sekiranya kita nak dipermudahkan hisaban kita pada hari kiamat kita jangan sekali-kali memberatkan diri dalam ibadat terutamanya ibadat sembahyang.
    sekadar coretan pagi ini.bukan untuk mengata kepada sesiapa sesungguhnya pembaca artikal ini pada aku ialah jauh lebih mulia dari diri ini...


    1 comments:

    Shahibul Afzan Wahab mengatakan...

    "Dan org-org yang memelihara solat mereka..."

    Ini adalah ciri-ciri org yang berjaya yg disebut dalam surah al Mu'minun.

    Muhasabah yg baik.Semoga kita diberi kekuatan utk taat.

    Posting Komentar

    Posting Komentar