Sifat-sifat ALLAH TAALA dan nama namanya mempunyai pancaran didalam jiwa-jiwa orang mukmin dimana bersihlah imannya daripada sebarang keraguan dan kekotorannya.Sucilah hatinya dari sifat yang tidak baik.Tenangkanlah rohnya dengan makrifatullah itu dengan dia menjadikan orang yang bersifat mukmin dalam ertikata yang sebenar seluruh hidupnya dengan matinya kerana ALLAH TAALA.Dia tidak akan menerima melainkan apa yang ditentukan oleh ALLAH.
Tidak ada pilihan baginya melainkan apa yang dinyatakan dengan izin ALLAH TAALA.Pancaran makrifatullah itu takkan berlaku dengan adanya ilmu sahaja.Banyak sekali orang yang dianggap alim,banyak ilmunya,lidahnya sungguh fasih berhujah dengan AL QURAN dan SUNNAH,mempunyai kajian yang mendalam tetapi hatinya berkunci,perasaannya kelu,jiwanya mati sebelum dia mati dia menjadi seperti kertas yang menjadi gedung ilmu tetapi dia tidak dapat melaksanakan ilmu.Dan bagi mereka ilmu agama ini hanyalah untuk perdagangan,perniagaan,menjadikan ia semata-mata untuk mata pencarian dan membeli dunia dengan agama dengan nilaian yang murah sahaja.
Amat ditakuti orang yang mempelajari tentang akidah sama seperti kertas yang dibaca sahaja atau hanyalah sekadar untuk maklumat dan menjadi hujah perbualan.Dia tidak malu kepada ALLAH TAALA kalau ia berdosa dan dia tidak merintih diatas dosa yang dibuatnya itu dengan tidak membuat perhitungan dirinya dihadapan ALLAH TAALA.Dan mereka meletakkan kepentingan dirinya melebihi kepentingan agama ALLAH TAALA dan kewajipan sebagai hamba abdi kepada ALLAH TAALA.Moga-moga ALLAH TAALA melimpah kan kita ini dengan hidayah dan menjadikan ilmu kita ini cahaya didunia dan akhirat.
rujukan:kitab TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

0 comments:
Posting Komentar