TINTA AL-FAQIR_DUNGUN

al-faqir_dungun(one_u86@yahoo.com)

perjalanan hidup al-faqir

    follow me on Twitter
    02.26

    CINTA

    Posted by al-faqir_dungun

    SEBAB YANG MENDATANGKAN MAHABBAH(KECINTAAN)KEPADA ALLAH

    Ulama meyebut perkara yang membawa kepada mahabbah itu terlalu banyak dan diantara sepuluh yang terpenting daripada perkara tersebut ialah-

    • Membaca Al-Quran dengan penuh tadabbur untuk memahami makna serta apa yang dikehendaki daripadanya.
    • Mendekatkan diri dengan membanyakkan amalan sunat setelah melakukan yang fardu.
    • Sentiasa mengingati ALLAH dengan lidah,hati dan tingkah laku dalam semua keadaan .apa yang diperolehi daripada mahabbah adalah mengikut kadar zikirnya kepada ALLAH TAALA
    • Berkorban apa saja untuk medapatkan kecintaan dari ALLAH walaupun terpaksa mengorbankan apa yang disukai oleh diri sendiri terutama ketika di kuasai nafsu.
    • Hati meyaksikan nama nama ,sifat sifat ALLAH TAALA meyaksikan serta mendalami terhadapnya dan hanya bermain main di taman makrifah ini serta berpegang dengan kaedah asasnya.sesiapa yang mengenal nama dan sifat ALLAH nescaya dia pasti meyintainya.
    • Meyaksikan dan megingati akan kebaikan,ihsan dan nikmat samada batin atau pun zohir kerana ini mendorong kearah kecintaan kepada ALLAH.
    • Seluruh hati remuk dihadapan ALLAH kerana merendah diri dan meghina diri terhadapnya.
    • Berkhalwah atau bersendirian untuk bemunajat kepada ALLAH lebih lebih lagi waktu sahur atau tengah malam .membaca Al-Quran dengan hati yang tenang serta beradab di hadapannya kemudian mengakhiri dengan istigfar dan taubat.
    • Sentiasa bersama dengan golongan yang soleh yang beramal dengan ilmunya dan memetik kata kata mereka.dan menjaga adab dihadapan mereka dan tidak bercakap sesuatu perkara melainkan itu membawa kebaikan kepada diri dan orang sekelilingnya.
    • Menjauhkan semua penyebab yang menjadi penghalang diantara hati dengan ALLAH.

    Rujukan :hakikat tasawuf...Syeikh Abdul Qodir Isa

    0 comments:

    Posting Komentar

    Posting Komentar