TINTA AL-FAQIR_DUNGUN

al-faqir_dungun(one_u86@yahoo.com)

perjalanan hidup al-faqir

    follow me on Twitter
    23.52

    cara tipuan syaitan

    Posted by al-faqir_dungun

    Tipu helah syaitan

    1. Syaitan akan melarang kepada anak adam untuk melakukan ketaatan kepada ALLAH TAALA.sekiranya tidak berjaya maka digunakan pula kaedah yang ke dua untuk menjatuhkan anak adam kelembah maksiat
    2. Syaitan menghasut supaya menangguhkan kebaikan dan ketaatan yang ingin di buat oleh anak adam kepada waktu yang lain pula dan sekiranya syaitan masih tidak berjaya untuk menghasut anak adam maka akan di gunakan oleh syaitan untuk menghasut anak adam cara yang ketiga pula akan digunakan
    3. Kaedah yang ke tiga pula ialah syaitan akan meyuruh manusia supaya melakukan ibadat dengan gopoh gapah dengan membisikkan didalam hati bahwa supaya selesaikan cepat ibadat ni supaya dapat buat yang lain pula.
    4. Kaedah yang ke empat pula ialah syaitan meyuruh supaya melakukan sesuatu ibadat dengan keadaan RIAK iaitu melakukan ibadat kerana ingin megecapi nikmat dunia yang sementara ini.
    5. Cara yang ke lima pula ialah melakukan sesuatu ibadat dengan keadaan ujub iaitu melakukanya dengan merasa hebat pada diri sendiri iaitu merasa takjub pada diri sendiri.
    6. Sekiranya gagal juga cara yang sebelum ni maka syaitan akan menggunakan kaedah yang paling bahaya yang di katakan oleh imam ghazali yang mana syaitan akan membisik kedalam hati seseorang supaya melakukan ibadat secara sembunyi supaya tidak di ketahui oleh org ramai.dan ini sangat bahaya jadi sebagai muslim kena ada ilmu untuk menghalangnya dengan berkata aku akan menzohirkan dan sembunyikan ibadat aku adalah kerana ALLAH TAAALA bukan disebabakan seseorang ataupun disebabkan sesuatu
    7. Sekiranya tidak berjaya juga maka kaedah yang paling terakhir yang di gunakan ialah syaitan akan membisik kedalam hati manusia mengatakan sekiranya ALLAH TAALA nak kamu masuk syurga tentu tak ada orang yang boleh mengubahnya walaupun kamu tidak beribadat begitu juga sekiranya ALLAH nak bagi kamu masuk neraka tentu ibadat mu yang banyak itu pun tak membawa kesan apa apa.jadi bagi muslim yang mengatahui maka ia akn menjawab bahawa aku diciptakan oleh ALLAH TAALA untuk mengabdikan diri dan segala balasan itu semua hak ALLAH TAALA so aku hanya nak mengabdikan diri pada ALLAH TAALA.(syaitan wujud dari kalangan jin dan manusia)

    Rujukan : Kitab Minhajul Abidin karangan Imam Ghazali

    0 comments:

    Posting Komentar

    Posting Komentar