TINTA AL-FAQIR_DUNGUN

al-faqir_dungun(one_u86@yahoo.com)

perjalanan hidup al-faqir

    follow me on Twitter
    13.04

    PILIHAN AGAMA

    Posted by al-faqir_dungun
    Seseorang yang ingin membina rumahtangga perlulah mencari pasangan hidup sebagai memenuhi fitrah manusia yang inginkan pasangan hidup dan RASULULLAH telah mengajar kepada umatnya untuk memilih ciri ciri pasangan hidup mereka untuk mendapat kebahgiaan yang kekal didunia dan akhirat antaranya ialah:

    BERAGAMA

    Ini ialah perkara yang pertama yang perlu ada pada pasangan kita kerana ini ialah asas yang perlu ada pada teman hidup kita ini.untuk mencari kebahgiaan dunia dan akhirat.tetapi untuk mencari teman hidup yang beragama tentulah perlu kepada kita yang mendahului mempunyai sifat ini.

    PERANGAI YANG MULIA

    Perangai ialah sifat yang yang telah menjadi adat kepada kita dan bukan di buat-buat semasa baru berkahwin atau beberapa hari kerana peragai ialah perkara yang telah lazim pada kita.Jadi untuk mempunyai perangai yang mulia tidak dapat tidak kita memerlukan mujahadah dan berusaha untuk berubah mulai saat ini dari perangai yang buruk kepada peragai yang baik.Perangai yang baik perlulah ada pada pasangan kita kerana ia akan akan menyebabkan suasana rumahtangga sentiasa dalam keadaan yang penuh dengan kebahagiaan.

    CANTIK TINGKAH LAKU


    Ini adalah sifat yang menjadi rebutan untuk bagi setiap manusia untuk mencari pasangan hidup.kerana jika ia wujud dalam diri seseorang nescaya pada ketika itu kita akan merasa bahawa kitalah insan yang paling bahagia kerana mempunyai pasangan yang cantik tingkah laku.

    MAS KAWIN YANG RINGAN

    Mas kawin adalah hak wanita yang wajib pada si suami memberinya kepada isterinya.Dan sabit dengan hadis RASULULLAH bahwa orang yang rendah mas kawinnya nescaya terdapat kebahgiaan pada rumah tangganya.Tetapi kalau sekarang kita dapati orang ramai berbangga dan bermegah dengan mas kawin yang tinggi dan ini ialah cara yang salah dan bertentangan dengan hadis RASULULLAH.Perkara yang perlu kita ingat ialah kebahgiaan bukan terletak pada kemewhan hidup tetapi ketakwaan dan keimanan menjadi asas terpenting kepada kebahagiaan sesuatu rumahtangga.

    PERANAKAN

    Peranakan juga perlu dilihat untuk kita mencari pasangan hidup kerana tujuan kita berumahtangga ialah untuk meyambung zuriat kita di muka bumi dan mendidik anak anak kita menjadi anak anak yang soleh yang dapat meyelamat kan kita di akhirat nanti.Jadi sifat ini perlu kita lihat pada pasangan kita sebelum kita berumahtangga.

    GADIS

    Hal ini memang penting kerana apabila kita berkahwin dengan orang yang tidak ada pengalaman berkahwin(gadis)tentu lah kemanjaan dan keceriaan akan terselah di dalam kelurga kita kerana ini pertama kali si isteri hidup dengan lelaki yang bergelar suami.dan tentulah banyak perkara yang boleh mereka berkongsi hidup dengan pengalaman yang pertama.

    KETURUNAN

    Keturunan juga begitu penting kerana kita hendaklah mengatahui dengan siapa dan siapa emak ayah mereka kerana bimbng kita berkahwin dengan keturunan yang tidak sekufu dengan kita dan hal ini mudah dan boleh membuatkan rumah tangga kita tidak bahagia dan tidak kekal lama.


    JANGAN DENGAN WARIS TERDEKAT

    Yang terakhir ialah jangan berkahwin dengan waris yang terdekat kerana boleh meyebabkan kelembapan otak pada anak dan hal ini telah di akui oleh doktor-doktor yang membuat kajian berkenaan dengan perkara tesebut dan tidak digalakkan berkahwin dengan waris terdekat kata orang tua kerana bimbang apabila terjadi krisis rumahtangga tentu boleh meyebabkan perbalahan yang besar kerana suami isteri datang dari keluarga yang terdekat.

    0 comments:

    Posting Komentar

    Posting Komentar