TINTA AL-FAQIR_DUNGUN

al-faqir_dungun(one_u86@yahoo.com)

perjalanan hidup al-faqir

    follow me on Twitter
    01.55

    ISTIQOMAH

    Posted by al-faqir_dungun

    Sudah dimaklumi bahawa islam adalah tauhid dan taat patuh kepada ALAH TAALA.Tauhid terhasil dengan ucapan aku beriman kepada ALLAH TAALA dan taat pula terhasil dengan istiqomah kerana istiqomah ialah melaksanakan semua perintah dan menjauhi segala larangan.Termasuk di dalamnya perkerjaan hati dan tubuh badan yang berupa iman,islam dan ihsan.Pernah terjadi pada zaman RASULULLAH datang seorang sahabat yang bernama Sufyan bin Abdullah Al-Thaqafi kepada baginda dan bertanya wahai RASULULLAH katakan lah kepadaku tentang islam yang aku tidak perlu lagi bertanyakannya kepada orang lain .
    sabda baginda RASULULLAH"ucapkanlah aku beriman kepada ALLAH TAALA kemudian beristiqomahlah kamu."

    Hadis diatas menunjukkan bahawa kehebatan perkataan RASULULLAH yang mana jawapan yang diberi oleh baginda kalau dilihat secara zohir adalah terlalu pendek dan ringkas namun makna yang tersirat dan tersurat didalamnya adalah terlalu dalam dan luas.Melihat makna hadis diatas menunjukkkan kepada kita bahawa terlalu penting berkenaan dengan istiqomah.
    Diriwayatkan daripada Umar Al Khattab bahawa beliau telah membaca ayat yang bermaksud"sesungguhnya orang orang yang mengatakan tuhan kami ialah ALLAH kemudian mereka tetap teguh (beristiqomah)diatas jalan yang betul"diatas mimbar lalu berkata"mereka tetap beristiqomah diatas ketaatan kepada ALLAH tidak belok ke kanan dan kekiri seperti musang".
    imam al-qusyairi berkata:istiqomah adalah satu darjat (tingkatan)yang dengannya tercapai kesempurnaanya semua urusan dan kewujudannya megundang kebaikan dan keteraturan.barang siapa yang tidak mempunyai sifat istiqomah maka segala usahanya akan sia-sia dan dia akan mengalami kerugian dalam kerjayanya.
    dikatakan"istiqomah tidak mampu dilakukan melainkan oleh mereka yang hebat kerana istiqomah ialah perkara yang keluar dari kebiasaan memisahkan diri daripada adat dan berdiri dihadapan ALLAH TAALA dengan benar.
    Imam Al Waasiti "berkata istiqomah adalah sifat yang menyempurnaakan segala kebajikan".
    Imam Ibnu Rejab "berkata istiqomah ialah menempuh jalan yang lurus iaitu agama yang lurus tidak miring kekanan dan kekiri.terhimpun didalamnya segala ketaatan zahir dan batin juga meninggalkan segala larangan".
    dengan demikian semua wasiat diatas mencukupi segala kebaikan.

    ISTIQOMAH HATI

    dasar atau asas istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati diatas tauhid sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ni ketika menerangkan makna istiqomah.apabila hati telah istiqomah diatas makrifat kepada ALLAH TAALA,takut menagung menghargai berharap memohon tawakkal hanya kepada ALLAH TAALA.ini kerana hati adalah raja kepada tubuh badan dan anggota adalah pengikutnya.seperti mana yang sabit dengan hadis RASULULLAH yang bermaksud
    "ketahuilah!dan sesungguhnya didalam tubuh itu ada segumpal daging bila daging ini baik maka semua anggota tubuh badan akan baik dan bila rosak maka rosaklah seluruh tubuh.ketahuilah segumpal daging itu adalah HATI"

    ISTIQOMAH LISAN

    anggota terpenting selepas hati ialah satu anggota yang tidak bertulang tetapi terlalu banyak keburukannya sekiranya tidak dijaga dan dididik dengan cara yang betul.Anggota itu ialah lidah.pepatah melayu ada berbunyi "sebab lidah badan binasa"ini kerana lidah merupakan anggota yang menjadi penterjemah hati dan menggambarkan isi kandungannya(HATI).
    dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Imam Tirmizi daripada Said Al-Khudri yang bermaksud
    "apabila anak adam berada diwaktu pagi semua anggota tubuh nya mengingatkan lidah dengan berkata"takutalah kamu (wahai lidah) kepada ALLAH kerana kami,kerana sesungguhnya kami ini bergantung kepadamu,bila kamu lurus(istiqomah)maka luruslah pula kami,bila kamu tidak lurus maka tidak luruslah kami"
    Hadis diatas menunjukkan kepada kita bahawa istiqomah pada anggota lidah sangatlah penting kerana ini semua akan membawa kita kepada jalan yang lurus untuk mencapai kemuliaan dan kedudukan yang tinggi disisi ALLAH TAALA.

    rujukan:AL-WAFI....SYARAH HADIS 40 IMAM NAWAWI.KARANGAN DR MUSTOFA AL BUGHO DAN MUHYIDDIN MISTO

    0 comments:

    Posting Komentar

    Posting Komentar