Ikhlaskan niat
ketika ingin keluar dari rumah wanita mestilah mesti ada tujuan yang ingin dibuat dan tidak boleh keluar tanpa ada tujuan dan semata-mata nak berjalan dan berpoya-poya
Memakai pakaian yang elok dan sopan
dan bab ini wajib wanita memakai pakai yang elok dan sopan kerana ini melambang kemulian bagi seorang wanita muslim.
Memakai tudung yang menutup aurat
ini menjadi kewajipan kepada wanita menutup kepala dan rambut dan dada mereka itu kerana semua ni adalah aurat mereka.
Pakaian tidak terlalu nipis
pakaian yang digunakan oleh lelaki ataupun wanita tidak boleh memakai pakaian yang terlalu nipis kerana ia akan menampakkan bentuk tubuh badan kita kepada orang yang haram kita meperlihatkanya.
Tidak meyerupai lelaki
setiap pakain yang dipakai oleh perempuan mestilah tidak meyerupai pakaian lelaki kerana ini telah dilarang oleh RASULULLAH
Meminta izin terlebih dahulu
ini menjadi kewajipan kepada wanita supaya meminta izin terlebih dahulu meminta izin dari orang berhak keatasnya samada suami ataupun ayah atau ibu.
Tidak memandang kepada perkara haram
setiap muslim wajib menjaga pandangan dia dari melihat kepada barang yang diharamkan melihat kepadanya
Tidak memakai wangian yang mendatangkan fitnah
wanita diharamkan memakai wangian yang boleh mendatangkan fitnah.wanita haram memakai wangian yang yang boleh meyebabkan timbulkan fitnah.
Berjalan dalam keadaan tawaduk
tidak berjalan di muka bumi ALLAH dalam keadaan yang sombong dan bongkak kerana kita ni adalah hamba ALLAH yang lemah
Tidak bercakap dengan suara yang mengoda
apabila ada sesuatu urusan dengan orang lelaki maka haram kepada wanita bercakap dalam keadaan yang mengoda.
Tidak membuka pakaiannya
ini adalah perbuatan yang biasa dibuat oleh orang zaman sekarang apabila berada disekeliling orang yang dikenalai mesti berada dalam keadaan yang sopan dan menutup aurat tapi apabila berada jauh dari keluarga tentu akan berubah dengan keadaan yang berbeza dengan keadaan sebelumnya
Keluar musafir bersama muhrim
bagi wanita wajib bagi mereka keluar musafir dalam keadaan ditemani oleh muhram
Tidak membunyikan hentakan kasut
perbuatan ini bisa dibuat oleh orang jahiliah kerana ingin menarikkan perhatian dari pihak jejaka.
Tidak berjalan dalam keadaan lenggang-lenggok
perbuatan ini juga merupakan salah satu perbuatan yang dibuat oleh orang jahiliah untuk menunjukkan bahawa mereka ini mempunyai bentuk tubuh yang menarik dan mengoda lelaki.
0 comments:
Posting Komentar