TINTA AL-FAQIR_DUNGUN

al-faqir_dungun(one_u86@yahoo.com)

perjalanan hidup al-faqir

    follow me on Twitter
    07.38

    peristiwa 1.6.2008

    Posted by al-faqir_dungun
    Hari ini ialah hari yang cukup-cukup menguji kesabaran aku belajar di luar negara.hari ini ialah hari yang mana aku menghadapi peperiksaan akhir tahun di tempat yang aku belajar.sebelum aku melangkah kaki untuk keluar dari rumah sahabat aku yang menjadi tempat aku tinggal buat sementara waktu di Damanhur kerana aku tinggal di Kaherah untuk menuju ketempat yang aku ingin jawab peperiksaan.Ketika kaki aku ingin melangkah keluar untuk pergi peperiksaan kedengaran satu mesej tiba di telefon aku.Lalu aku pergi mendapati mesaj yang baru sampai tadi apabila aku baca mesej itu aku terkesima kerana mendapati ustazah yang paling aku sayang diserang penyakit strok dan kencing manis lalu di masukkan kedalam Hospital Besar Terengganu.Aku waktu tuu dah mula rasa lesu dan apa yang aku mampu buat masa tuu ialah hanya berdoa supaya ALLAH TAALA menyelamatkan Ustazah Rokiah Binti Ismail.2 jam telah berlalu kerana aku pergi menjawab peperiksaan dengan penuh gagalnya kerana dah tak ada mood disebab keceriaan ku diragut dengan peristiwa yang menyedihkan hati tadi.apabila aku pulang dari peperiksaan aku dapati satu lagi mesej yang baru sampai ke telefon aku ni waktu tuu.Aku pun terus membuka kerana memang menjadi kemestian kepada aku apabila mesej sampai tentu aku akan buka.Apabila aku buka mesej tuu tiba-tiba tanpa aku duga berderai mutiara-mutiara putih dimata ku kerana mesej yang sampai tu mengatakan "salam wan ustazah Rokiah telah kembali ke rahmatullah...alfatihah"apabila aku baca mesej ni beribu kenangan mula tergambar dalam kepala aku disebabkan aku ni adalah antara pelajar yang paling rapat dengan dia.Aku mempunyai beribu kenangan dan aku juga mempunyai janji dengan Ustzah kesayangan aku ni...pernah sekali ketika aku bersamanya dibawah pokok didepan dewan besar sekolah aku iaitu Sekolah Mengangah Agama Sultan Ismail Dungun (SMASID) sambil bersembang aku pernah tanya ustzah"ustzah ada berapa tahun lagi berada dismasid ni?jawab ustazah 6 tahun lagi lalu aku bagitahu bahawa nanti ustazah bolehlah tengok saya berucap diatas pentas didewan besar SMASID selepas saya balik dari Mesir nanti lalu ustazah jawab baiklah Safwan Ustazah tunggu janji Safwan ni.."apabila aku ingat peristiwa ni mugkin aku boleh kotakan janji aku ini tapi yang aku yakin bahawa tentu Ustazah tidak boleh saksikan ucapan dari anak murid kesayangan beliau ini kerana ustazah telah kembali berjumpa dengan ALLAH TAALA.....semoga ustazah dipilih dari kalangan orang yang soleh dan solehah....AL FATIHAH.

    1 comments:

    ikhwan mengatakan...

    assalamualaikum...
    sebelum ustazah Rokiah(yang lebih mesra kite panggil mama)meninggal dunia, beliau telah menziarahi nenek ana yg meniggal dunia pada hari selasa 27.5.2008. namun, pada tarikh itu mama telah menunjukkan satu semangat yang tinggi dalam melawan penyakitnya itu.walaupun dalam keadaan berpimmpin, mama masih lagi meluangkan masanya menziarahi jirannya suatu ketika dahulu. apabila ana bersembang dengannya, beliau tidak memberitahu penyakitnya. hanya mengatakan dia sudah tua, memang penyakit untuk orang tua. perbualan ana dengan beliau masih seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku, seperti beliau sihat dan tidak sakit. dari segi tutur katanya, gurauannya, nasihatnya, seperti ustazah Rokiah yang mengajar ana sewaktu dulu(1999-2003). namun, ajal maut ditangan-NYA. kita tidak dapat meramal bila kita akan kembali, bila kita akan meniggala dunia yang penuh dengan fitnah. oleh itu, selalu beringat.
    marilah kita bersama-sam menyedekahkan al-fatihah buat Ustazah Rokiah Bt. Ismail sama ada anda mengenalinya atau tidak.
    AL-FATIHAH.......

    Posting Komentar

    Posting Komentar