TINTA AL-FAQIR_DUNGUN

al-faqir_dungun(one_u86@yahoo.com)

perjalanan hidup al-faqir

    follow me on Twitter
    07.47

    kalam ust farezuan

    Posted by al-faqir_dungun
    Sejenak Bersama Hati

    Bismillahirahmanirrahim….

    Begitu lama jari jemari ini tak bernari-nari di atas papan keybord, mukin kerana terlalu sibuk atau pun berlakon sibuk, tetapi yang pasti lembah pemikiran ini masih lagi belum sarat dengan ilmu(Ya Allah faqiehkanku dengan Ilmu yang bermanfaat). Namun sejak kebelakangan ini hati ini selalu berbicara dengan diri ini, sehinggakan bolehmembawa kepada perasaan sedih yang teramat sangat dan kekadang membawa kita merasa sebentar mengecapi nilai kebahagian yang sentiasa di dambakan oleh seorang hamba yang hina di sisi tuhan yang Esa.

    Dalam kita berjalan merentasi masa yang terlalu pantas bergerak ini, kita perlu menyediakan satu masa yang mana kita mampu berbicara dengan hati, yang tersangat mudah di bawa lari oleh anasir-anasir prosak jiwa. Bila kita mampu untuk berkomunikasi dengan hati ingatlah disitu kita akan mengecapi betapa bahagianya bila kita mampu melakukan ketaatan pada ilahi dan dalam masa yang sama kita merasa bersalah di sebabkan dalam taat kita terheret sama kita melakukan maksiat pada tuhan yang maha Suci

    Mukin saudara pernah mendengar kisah Saidina Umar al Kahttab, yang mana seorang sahabat bertanya kepadanya “wahai Amirulmukminin, aku pernah melihatmu tika kamu bersendiriran perbuatanmu seperti seorang yang berada dalam kebingungan(sekejap gembira dan sekejap bersedih), mengapakah kamu berkelakuan sedemikian?? “, maka jawab Saidina Umar “keadaan yang kamu lihat aku dalam kegembiraan itu kernaku merasa bahagia berada dalam dakapan iman seperti sekarang ini, namun adapun dalamku bersedih itu ku teringat perbuatanku semasa jahiliyyah yang terlalu menyimpang dari kebenaran”.

    Begitulah sahabat yang mendapat didikan dan tarbiah secara lansung dari Nabi SAW, yang selalu berbicara dengan hatinya, sehingggakan jika berada dalam perhatian manusia lain pun tidak di sedari olehnya kena terlalu asyik dengan kebahagian dan terlalu gerun dengan kesalahan yang lampau. Betapa pentingnya kita meluangkan masa walaupun sebentar untuk kita bersama hati menghisab kebaikan dan keburukkan yang telah dilakukan bukanlah semata mata untuk kita meneggak muka ke langit kerna kebaikan yang telah di lakukan tetapi memberi dorongan kepada kita menjadi meraka yang selalu sujud pada yang Esa kerna kekurangan diri kita ini.

    Jika kamu berjaya berada dalam dakapan bersama hati, maka menangislah jika kamu mampu untuk menangis lalu berharaplah pada tuhan agar tangisan ini bukanya tangisan seorang munafik yang celaka tetapi tangisan seorang hamba yang taat pada perintah yang maha Esa mengharapkan seluas keampunan daripadaNYA. Agar tangisan di dunia ini mampu mengurangkan tangisan kita di akhirat nanti, kerana tangisan di sana sudah tiada gunanya buat diri kita. Luangkanlah masa yang masih ada keluanganya, jika kita sudah berada dalam kesempitan ingatlah jika kita cuba luangkan juga pada masa itu tetap tidak merasa nikmatnya kerna pada masa itu sudah disempitkan.

    wallahualam….


    Jadilah Terpelajar Yang Beradab

    Kadang seronak juga melayan cerita-cerita dalam kesihatan yang tidak menentu ini, dalam hati ini beribu patah perkataan berbicara setelah mata melihat jalan sebuah cerita yang bertajuk “Cahaya LailatulQadar”. Begitulah indah tajuknya namun betapa sakit hati melihat gelagat mereka yang berpelajaran berhati biadap, sehinggakan ilmu yang di perolehi menutupi segala akhlak baik untuk di terjemahkan dalam bahasa perlakuan.

    Cerita ini mengisahkan kasih seorang ibu yang sangat merindui anaknya bernama Fitri yang belajar di Landon dan pengorbanan seorang abang yang selalu menghormati permintaan ibunya dalam mendahulukan urusan adiknya itu. Setelah tujuh tahun menantikan kepulangan anak bongsu tersayangan akhirnya pulang jua pada bulan Ramadhan yang mulia.

    Betapa gembiranya hati seorang ibu tika kepulangan anak tersayang yangsekian lama tidak ditatapi wajahnya, sehinggakan perasaan kasih kepada anak sulungnya terhakis sedikit demi membahagiakan anak bongsu yang lama tidak ditemuinya. Begitu bahagia hati seorang ibu mampu mengenyangkan perut anaknya yang sudah lama tidak menjamah masakan air tangannya. Namun semua itu di balasi dengan teriakan biadap seorang anak yang berpelajaran.

    Namun kecikan hati yang terluka segera di pendam dengan berprangsaka baik dengan anaknya. Satu demi satu permintaan anak bongsu kesayangannya cuba di penuhi walaupun terpaksa mengorbankan hati anak sulungnya terluka, demi membahagiakan seorang hati ibu yang ingin membahagiakan hati anak bongsunya. Sedang dalam kebahagian seorang ibu dibina, akhirnya teriakan derhaka dari anak kesayangan telah mengambarkan tapak kebiadapan telah tumbuh mekar mengelapi hati anaknya.


    Kecelakan yang diperlihatkan oleh anak bongsu kesayangan yang hanya bukan menyebabkan hati terluka namun badan terpaksa juga menangung kesakitan. Akhirnya telah menyebabkan ayahnya bersuara dengan kekerasan yang di pendam selama ini. Begitulah sayang seorang ayah tidak selembut sayang ibu, kata yang di hemburkan akhirnya menghalau Fitri keluar meninggalkan keluarga.


    Mata seorang ibu tidak mampu menanggung tatapan anak, berkali kali dipanggil pulang namun kekerasan hati meninggalkan keluarga telah menutupi telinga dari mendengar rintihan ibunya. Hati seorang ibu memang mudah terasa sehinggakan berhari hari kesedihan yang di ratapi ini telah membawanya pergi meninggalkan dunia. Setelah ibunya meninggal barulah Fitri pulang kepangkuan dalam sebuah keinsafan namun tika itu tidak mampu lagi membahagiakan hati seorang yang terluka.


    Begitulah sedikit jalan cerita yang membawa calikan pada perasaan ini, betapa seorang ibu tidak mampu melihat kesedihan seorang anak mendepani ujian dunia sehinggakan berusaha sedaya yang termampu membahagiakan anaknya walau dibalas dengan simbahan air panas yang berlatarkan kebiadaban. Marilah kita merenungi jalan yang kita lalui selama ini, yang likunya kebanyakkan di tanggung oleh kedua ibu bapa kita janganlah semakin tinggi ilmu diperolehi semakin tinggi biadap kita pada mereka. Ingatlah sesalan kapada yang tiada membawa duka yang tiada penghujungnya.


    Berbaktilah selagi mereka masih bersama kita…….

    Wallahualam

    Apa salahnya

    Alhamdulillah berjaya juga aku mengharungi sebulan pentarbiahan Ramadhan, namun jiwaku mengahadapi aidilfitri pada kali ini dengan sayu kerna pemergiaan mereka yang disayangi, semoga berada disamping mereka yang soleh. Tetapi di hatiku terdetik satu persoalan salah pertarbiahan ramnadhankah sehinggakan kita menjadi biadap pada yang berhak kita menghulurkan adab padanya???. Mungkin persoalan ini, ada kelakarnya dan ada salahnya namun aku menginginkan ia bermain di mindaku agar jawapan sebenar akan terhasil.

    Raya kali ini adalah kali yang ketiga aku berjauhan dari keluarga dan suasana masyarakat Malaysia. Semua itu tidak menjadi kesedihan bagiku atau kepelikan pada hidupku walaupun pertama kali dahulu, tika menghadapinya adalah menjadi satu kepelikkan bagi diriku. Namun apa yang ketara dan sedih ialah hasil pentarbiahan Ramadhan hanya berlegar sahaja di bulan Ramadhan dan tidak mampu membawa ruhnya keluar menerjah di bulan yang lain. Ketika kesudahan Imam memberi salam yang menandakan sudahnya solat adulfitri ramai manusia berpusu pusu meninggalkan tempat sembahyang mereka seperti mengejar sesuatu tanpa menghiraukan nasihat imam supaya menunggu untuk mendengar Khutbah dahulu. Mengapakah perkara ini berlaku???.


    Apalah salahnya kita meluangkan masa sebentar mendengar Khutbah yang bukannya mengandungi unsure-unsur kemaksiatan tetapi nasihat untuk kita menghadapi bulan-bulan mendatang yang tidak seindah bulan Ramadhan. Jangankan kerna perut kita, kita sanggup tinggalkan khutbah eidulfitry, dimanakah pentarbiahan menahan lapar dan dahaga ketika disiang hari selam sebulan ??? sehinggakan menahan lapar selama tiga puluh miit untuk mendengar khutbah kita sudah tewas.


    Ingatlah, kita tidak akan mampu melihat hasil Ramadhan di dalam bulan Ramadhan, namun kita akan di diperlihatkan hasilnya pada bulan-bulan yang lain. Jika amalan kita semakin lama semakin merosot berbanding amalan ketika berada didalam bulan Ramadhan maka camlah bahwa kita telah gagal dalam pentarbiaha pada bulan Ramadhan. Maka cepat cepatlah berubah kerna ajal tidak akan menunggu masa tetapi semua itu datang tanpa kita sangka, bersukar dahulu kelak kamu akan merasa kebahagian.


    Tinggalkanlah perangai yang busuk, jika sebelum kita memasuki Ramadhan pelbagai kefasadan kita lakukan dan semua itu mampu kita elakkan ketika beada didalamnya maka kekalkanlah ia ketika kita keluar. Jika kamu taat kepada Ramadhan kamu tidak akan mendapat apa-apa hasil namun jika kamu taat kepada Allah yang maha Esa kamu akan merasa betapa bahagianya dapat merasai nikmatnya. Ingatlah jika kamu menyembah Ramadhan sesungguhnya Ramadhan pada suatu hari ia kan pergi namun jika kamu menyembah Allah taala yang maha Esa kamu akan ketahuilah bahwa Allah taala itu maha Hidup.


    Mereka yang berhak merasai kebahagiaan Eidulfitry ialah mereka yang mampu memeriahkan Ramadhan dengan peribadatan kepada tuhan yang Esa. Dalam kegembiraan kita janganlah kita menghiasinya dengan kemaksitan yang mendatangkan kemurkaan Allah taala, Beribadatlah kamu dimana kamu berada agar hati tidak gersang menerima cahaya kebahagiaan. Semoga ruh Ramadhan yang telah berlalu pergi mampu kita membawanya ke bulan-bulan yang lain.

    Wallahualam.



    Jika si jahil beramal…adakah hati terasa manis?


    Manusia senantiasa tertipu dengan dunia kecualilah kepada mereka yang berhati hati dalam kehidupan dan senantiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu yang memandu hidupnya. Namun hebat seorang manusia itu terletak pada nilai dirinya. Nilai terhebat seorang insan itu terletak pada tinggi ilmunya, adalah lagi hebat dirinya beramal denagn ilmu diperolehi namun terlebih hebatlah ia jika dalam beramal itu ikhlas pada Ilahi. Begitulah rentetan kehidupan seorang hamba Alllah taala yang hebat, cubalah kita fikirkan dimanakah nilai kehebatan diri kita sekarang??

    Adakah pada Ilmu sahaja?? atau pada pengamalan seharian dengan mengabadikan diri pada tuhan yang maha Esa bersama hati bersarangnya kebanggaan???. Fikirlah, kita semua di bekalkan akal fikiran yang mana memberi peringatan tika kita terleka. Namun penulisanku kali ini ingin mencetuskan suatu masalah yang mana adakah hatikan terusik pada jiwa hamba beribadat dalam keadaan jahil???


    Mukin kita tidak mampu untuk menilai amalan seseorang, kerna kita ini adalah makhluk Allah taala yang masih lagi mempunyai serba kekurangan dan memerlukan bimbingan. Tetapi itu bukan suatu yang menjadi mustahil buat kita untuk mengasahkan minda dari pada berkarat. Ingatlah belakang parang jika diasah tidak dapat tidak ia akan tajam jua, terpulanglah pada kita untuk melakukannya atau meninggalkanya.


    Suatu amalan tanpa niat itu adalah suatu yang memenatkan kerna tiada tujuan yang jelas, dan suatu niat itu tanpa menyusuri bersama dengan keikhlasan itu adalah satu keriakan kerna mula bertapak rasa bangga dalam diri, namun keikhlasan yang menyusuri itu jika tiruan semata mata adalah suatu yang sia-sia kerna bukan berpaksikan pada tuhan yang Esa.


    Namun bagaimanakah terimanya niat itu sedangkan si pelaku jahil akan hakikat niat???, bagaimanakah keikhlasan yang menyusuri bersamanya menjadi pembantu di jalanan sedangkan pelakunya masih gagal memahami hakikat keikhlasan yang sebenar???, maka bagaimanakah pula sebuah keikhlasan yang sebenar akan timbul jika hakikat keikhlasan itu sendiri masih lagi dalam kesamaran???. Begitulah dituntut seorang muslim dalam pentaatannya pada Ilahi permulaanya membina paksi niat yang kukuh sebagai penunjuk jalan seterusnya berjalan di atas jalan amal selepas memetik buah kefahaman dari hakikat keikhlasan yang sebenar.


    Pentingnya Ilmu dalam beramal, kerna beramal dalam berilmu adalah tersangat manis berbanding beramal dalam keadaaan jahil. Walaupun terasa kemanisan beramal dalam keadaan jahil, itu masih lagi belum terpatri kemanisanya berbanding beramal dalam keadaan berilmu. Tuntutlah Ilmu walaupun sekecil mana Ilmu itu pada pandanagn kita kerna ilmu yang remeh pada pandangan mata kasar kita itu adalah penentu penerimaan amalan oleh Ilahi.


    Boleh jadi apa yang kamu anggapkan ia adalah remeh pada dirimu, itulah yang terpenting disisi yang maha Esa. Amalan yang dilaksanakan tanpa ada penerimaan dari Ilahi adalah satu yang sia sia dan kerugian yang teramat nyata, ibarat memanjat pohon yang tinggi untuk mengambil buah namun kesungguhannya itu hanya mampu menghasilkan peluh yang memenatkan sahaja sedangkan buah masih lagi tergantung pada dahan.

    Beramal dalam berilmu akan terasa manisnya…

    Wallahualam…..

    rujukan:ust farezuan

    0 comments:

    Posting Komentar

    Posting Komentar