Ciri-ciri ulama akhirat
- Lebih mementingkan akhirat.
Ulama yang benar-benar mengikut jalan hidup yang disuruh oleh ALLAH SWT tentulah mereka akan mengikuti jejak langkah baginda RASULULLAH SAW kerana RASULULLAH merupakan insan yang paling mulia di muka bumi ini yang dipilih oleh ALLAH TAALA sendiri sebagai rahmah bagi sekelian alam.apabila kita melihat jalan hidup baginda tentulah kita akan dapati bahawa baginda sedikit pun tidak mementingkan dunia malah apabila berkaitan dunia tentu baginda akan gunakan ia untuk kepentingan hidup diakhirat.sebab itu kalau kita lihat cara hidup baginda begitu zuhud walaupun dalam waktu yang sama baginda ialah khalifah islam yang paling agong tapi masih lagi mengamalkan cara hidup yang serdahana.
- Sentiasa meyuruh kepada amar makruf dan mencegah nahi mungkar serta bersifat tegas dalam membela hukum-hukum ALLAH TAALA.
Apabila kita membaca Al Quran dan Sunnah tentu kita akan dapati bahawa suruhan untuk melakukan amal kebajikan terlalu banyak dalam waktu yang sama tidak dilupakan bahawa suruhan untuk mencegah kemungkaran mestilah selari dengan meyuruh kebaikan.sebab itu kalau kita baca kitab sejarah tentu kita akan dapati bahawa keseluruhan para Nabi dan Rasul Allah meyuruh kepada kaumnya untuk melaukuakn kebaikan dalam masa yang sama tidak tertinggal lansung untuk melaksanakan suruhan untuk mencegah kemungkaran dan inilah menjadi kewajipan kepada ulama untuk melaksakan tugas mereka sebagai pewaris Rasulullah SAW.
- Sentiasa menjaga diri daripada perkara syubhah.
Apabila kita megingati kisah berkaitan dengan insan yang soleh tentu akan di turunkan rahmat dari ALLAH SWT kerana pada mereka itu terdapat berjuta mutira yang belum diterokai oleh orang zaman sekarang.contoh kalau kita baca kisah imam Abu Hanifah bagaimana ketika berlaku kecurian seekor kambing di Negara iraq meyebabkan Imam Abu Hanifah pergi berjumpa dengan pakar bab kambing bertanya kebiasaan kambing dapat hidup paling lama berapa tahun lalu dikatakan kepada imam Abu Hanifah selama 7 tahun lalu pada hari itu Imam Abu Hanifah tidak makan daging kambing selama 7 tahun sedangkan kalau fakir logik akal dalam kebarangkalian untuk seseorang itu makan daging kambing yang dicuri itu terlalu jauh tetapi inilah kisah seorang imam yang begitu menjaga dari makan barang syubhah.kalau kita tengok kisah jalan hidup imam abu hanifah tentu kita faham dengan sendiri macamana mereka menjaga diri mereka dari terjebak dengan barang yang syubhah apatah lagi dengan barang yang haram.doakan diri ini dapat mengikuti jalan hidup orang yang soleh amin
- Mengamalkan ilmu yang telah diamanahkan oleh ALLAH TAALA.
Seperti pokok yang tidak berbuah inilah perumpamaan yang biasa di buat kepada mereka yang tidak mengamalkan ilmu yang mereka ada.bagi ulama yang mempunyai ilmu mereka boleh diibaratkan seorang yang mempunyai dua lidah pertama ialah lidah yang mana untuk menuturkan kebenaran dan lidah kedua ialah lidah yang meluahkan amalan sebagai terjemahan daripada ilmu yang mereka pelajari.dan ulama mesti tahu dan ingat bagaimana kata-kata yang dikeluarkan oleh Imam Ghazali bahawa”lisan amalan adalah lebih fasih daripada lisan yang berkata-kata”maksud dari kata-kata Imam Ghazali ini ialah seseorang yang menunjukan akhlak yang mulia lebih memberi kesan daripada kata-kata yang mulia.dan inilah yang terjadi kepada baginda Rasulullah SAW sebelum diangkat menjadi rasul yang mana baginda telah digelar al amin kerana akhlak yang mulia.
- Mereka mengauli para solehin dan mereka meninggalkan golongan yang takkabur.
ini juga merupakan sifat yang patut ada seorang yang bergelar ulama supaya apabila mereka bergaul dengan orang yang soleh tidak kira dari kalangan mereka kaya atau miskin meyebabkan jiwa mereka sentiasa ditarbiah oleh orang-orang yang soleh.ini juga tergambar dalam sejarah rasulullah ketika berlakunya peristiwa isra wal mikraj dimana baginda diketemukan oleh ALLAH TAALA dengan rasul-rasul sebelumnya supaya menjadi tarbiah untuk baginda dalam menghadapi dakwah perjuangan untuk meninggikan syiar ISLAM.
Ciri-ciri ulama jahat
- Amat mencintai dunia dan harta benda
Apabila ulama dikuasai oleh dunia tentu kita akan dapati mereka ini bukanlah orang yang mengikut jejaklangkah rasulullah kerana kehidupan seorang rasul allah lebih mementingkan perkara akhirat lebih dari segalanya.jadi tentulah kehidupan seorang ulama yang jahat tentulah berbeza cara kehidupan mereka berbanding dengan ulama akhirat walaupun mereka mempunyai banyak ilmu agama tetapi semua akhlak dan tindakan mereka berbeza dengan ilmu yang ada pada dada mereka.dan ini sangat bahaya kerana mereka ini mugkin akan menjadi dalil bagi orang awam yang jahil untuk membuat sesuatau perkara yang haram dengan melihat tindakan dari ulama jahat ini kerana mereka ini akan cuba menghalalkan sesuatu yang haram apabila berkaitan dengan periuk nasi mereka.ya ALLAH auhkan lah aku dari golongan ini ya ALLAH.
- Tidak menyuruh kepada amar makruf dan tidak mencegah nahi mungkar.
Diantara sifat-sifat mereka ini ialah tidak melaksanakan amanah ilmu yang mana mereka tidak melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar sekiranya mereka ini melaksankan amar makruf atau nahi mungkar tentulah hanya pada perkara yang todak berkait dengan periuk nasi mereka.sebab itu kalau kita dapati sekarang ramai mana orang yang bergelarkan diri mereka ulama tetapi tidak pernah menegur pemimpin yang bermain dengan riba,bergelumang dengan arak dan hiburan.mereka tidak berani menegur adalah kerana ini berkaitan dengan periuk nasi mereka sekiranya mereka tegur tentu akan dimarahi oleh pemimpin-pemimpin Negara
- Tidak mengamalkan ilmu yang diamanahkan oleh ALLAH SAW kepada mereka
Diantara sifat-sifat ulama dunia lagi ialah mereka tidak berada didalam
- Sentiasa mengauli orang yang sombong dalam waktu yang sama meninggalkan golongan solehin.
Ulama jahat tentu mereka tidak bergaul dengan golongan yang soleh kerana mereka tahu sekiranya mereka bergaul pun tidak memberi apa-apa hasil dari sudut harta benda.dan mereka ini akan sentiasa bergaul dengan golongan pembesar dan golongan mustakbirin adalah semata-mata ingin memesarkan perut mereka dan membanyakkan harta mereka sebab itu kalau kita kaji apa hikmah ALLAH TAALA memberi lihat kepada Rasulullah malam isra mikraj yang mana orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya sedang megelilingi neraka dalam keadaan terburai perut mereka sperti himar yang sedang mengisar gandung.di sini dikatakan oleh ulama bahawa perut yang terburai itu ingin menunjukkan bahawa kebanyakkan ulama mereka menjadi syaitan bisu adalah semata-mata ingin menjaga periuk nasi mereka..
"ya ALLAH jauhkanlah hamba mu ni daripada tergolong dari golongan ulama yang jahat"
rujukan:jemaah islam ulama dan peranannya karangan as syeikh ust mokhtar senik
0 comments:
Posting Komentar