TINTA AL-FAQIR_DUNGUN

al-faqir_dungun(one_u86@yahoo.com)

perjalanan hidup al-faqir

    follow me on Twitter
    06.03

    untuk mu ulama

    Posted by al-faqir_dungun
    Wahai ulama pimpinlah tindakan

    Wahai ulama bagunlah dari kelesuan.pecahkan kebisuan dan pimpinlah tindakan.ummat sedang menunggu saudara untuk melakukan sesuatu untuk meyelamatkan mereka dan bumi-bumi milik ummat islam.

    Wahai saudaraku para ulama

    Nyeyakkah tidur mu ditengah-tengah ledakan senjata memuntahkan pelurunya kepada saudara-saudaramu kaum muslimin.haruskah saudara-saudara melarikan diri dalam suasana ummat ternanti-nanti kepimpinan saudara.seruan dakwah yang memerlukkan sumber yang jelas ,jalan yang suci dan amal yang ikhlas serta istiqamah.siapakah yang boleh mengali formula dakwah dari sumber yang asal membentangkan tariq dakwah dari intisari sirrah ar rasul dan siapakah yang boleh memandu seruan dakwah dengan penuh keikhlasan dan istiqamah kalau bukan saudara sebagai guru ummah.adakah memadai kepada saudara sekadar memimpin surau dan masjid sedangkan diluar sana lebih ramai manusia-manusia yang memerlukkan bimbingan dan panduan dari saudara.

    Sesungguhnya islam pada hari ini memerlukan ummat islam,terutamnya para ulama berusahalah sepenuh tenaga meluruskan kembali perjalanan ummat yang meyimpang jauh dari panduan ALLAH TAALA dan AR RASUL.jika ummat terus bergelumang dengan kejahilan dan saudara sebagai ulama terus kelesuan bilakah islam akan kembali cemerlang.

    Bangkitlah wahai ulama pimpinlah tindakan.kalau bukan ummat ini sendiri yang memimpin tindakan pada siapa lagi kita nak mengharap adakan kepada PBB untuk meyelamatkan ummat islam di palestin,Somalia,bosnia dan banyak lagi.sudahkah ummat islam memperolehi kembali hak-hak mereka melalui bantuan PBB?.sesungguhnya kita penuh yakin kalaulah ummat islam di palestin dan afganistan tidak memimpin tindakan mereka sendiri sampai saat ini mereka tentu akan di kuasai oleh kuasa-kuasa kuffar mustakbirin.


    Siapakah yang akan meniupkan ruh perjuangan ini kalau bukan saudara wahai ulama.kalau saudara masih memikirkan pangkat,jawatan,wang ringgit dan harta benda kenapakah saudara memilih bidang ulama ini untuk saudara cemburi?.bukankah bidang lain lebih luas dan lebih lumayan untuk saudara mencapai segala-galanya?

    Berfikirlah wahai saudaraku ulama.

    Dunia islam dalam kelemasan.sila saudara hulurkan tangan saudara untuk meyelamatkan mereka .ulamakah saudara kalau saudara menjawab”saya tidak punya tangan untuk meyelamatkan mereka kerana ditangan saya kanan saya untaian biji tasbih dan ditangan kiri saya pula ada satu batang kayu sugi yang tidak boleh saya lepaskkan”.ulamakah saudara jika saudara menjawab”saya tidak boleh meyelamatkan mereka kerana bimbang jubah saya kebasahan sedangkan didalam poket saya wang-wang kertas yang akan hancur binasa”.ulamakah saudara kalau saudar menjawab “untuk meyelamatkan mereka tunggulah kedatangan imam mahdi yang akan menghulurkan tali dari langit”.ulamakah saudara jika saudara menjawab “saya sekadar mampu menolong mereka dengan doa dan sembahyang hajat sahaja”.ketahuilah jika saudara menjawab seruan tersebut dengan salah satu jawapan-jawapan diatas suka saya mencadangkan kepada saudara agar menanggalkan mahkota ulama dari kepala saudara.

    Dakwah dan perjuangan inilah pentasmu wahai para ulama .sekiranya diatas pentas ini saudara sudah sumbang maka pentas manakah yang dapat saudara berperanan?.pentas inilah yang menentukan hidup mati mu.samada saudara hidup sebagai manusia dayus atau mati sebagai syuhada.jika saudara ingin melarikan diri dari dari pentas ini ALLAH TAALA akan melontarkan saudara kesuatu lembah yang lebih hina.

    Saudara tidak boleh merasa lemah semangat dengan kekalahan yang menimpa ummat islam dimedan peperangan.kerana kekalahan yang sebenar bukannya datang dari medan tetapi terbit daripada hati yang lemah keimananya.apabila hati saudara telah patah maka itulah kekalahan yang sebenarnya.

    Saudaraku para ulama

    hendaklah sedar bahawa saudara sering menjadi sasaran utama musuh-musuh islam.mereka bukan sahaja mahu membunuh saudara tetapi kalau boleh mereka mahu menjadikan saudara ayam pemikat yang akan memikat ulama-ulama yang lain pula.mereka akan mendapatkan saudara melalui apa cara sekalipun.mereka akan menghidangkan saudara dengan mutiara beracun rantai emas berbelenggu dan gelang perak bergari.

    Saudara ku para ulama

    Belum pernah terdapat ulama yang menjual agamanya terus menjadi manusia mulia sebagaimana kemuliaan yang mereka perolehi dikala mereka bersama-sama dengan islam.oleh itu jelaslah wahai ulama bahawa islam bukan menjadi mulia kerana saudara tetapi saudaralah yang menjadi mulia kerana islam.oleh itu janganlah saudara meninggalkan islam sekali-kali kerana sesungguhnya apa yang ada di sisi ALLAH TAALA adalah lebih bernilai dan berkekalan.

    Wahai saudaraku ulama.

    Beramallah dengan islam dan dakwahnya kerana sekali lagi saya tegaskan jika saudara cuba melafazkan dialog lain selain daripada dialog kebenaran ,jika saudara memegang watak lain selain daripada watak ulama pimpinan ummah bermakna saudara hanya melakukan satu episod lakonan yang sumbang dari kacamata ALLAH TAALA,RASUL dan MUSLIMIN.walaupun saudara mendapat tepukkan gemuruh dari para kaafirin,dzolimin,fasiqin,munafiqin dan murtaddin.

    rujukan:jemaah islam ulama dan peranannya karangan as syeikh ust mokhtar senik

    0 comments:

    Posting Komentar

    Posting Komentar