TINTA AL-FAQIR_DUNGUN

al-faqir_dungun(one_u86@yahoo.com)

perjalanan hidup al-faqir

    follow me on Twitter
    01.13

    darah istihadhah

    Posted by al-faqir_dungun
    keadaan-wanita wanita mustahadhah

    pertama
    :permulaan yang tidak dapat dibezakan iaitu wanita yang tidak pernah mempunyai haid yang diketahui kadarnya seperti permulaan haidnya dalam waktu yang kemungkinan berlaku haid lalu melepasi 15 hari dan ia tidak berupaya untuk membezakan jenis darah itu dimana darah yang keluar itu sama sahaja bentuknya atau dalam bentuk berlainan.dalam hal ini terdapat beberapa pendapat mazhab dikalangan fuqaha :pertamanya darah hainya dikira sehari semalam sahaja ia merupakan pendapat yang ashah dikalangan fuqaha syafie dan satu riwayat daripada imam ahmad.ini kerana sehari semalam merupakan tempoh yang diyakini sebagai haid sementara yang selebihnya ditahap kesangsian.oleh itu yang lebih itu tidak dihukumkan sebagai darah haid.dalam hal ini tempoh sucinya ialah 29 hari bagi mengenapkan sebulan 30 hari.pendapat kedua darah haidnya ialah selama 6 atau 7 hari sahaja sementara lebihan hari-hari dalam sebulan dikira sbagai waktu suci dan ini adalah pendapat imam atha,auzai,thauri,ishak dan satu riwayat dari sebahagian pendapat fuqaha syafie seperti imam syairazi,al-syeikh abdul hamid,al-qadhi abu al-tayyib,sulaim ar-razi,alruyani dan al-shashi. ini berdasarkan sabda RASULULLAH SAW kepada hamnahh binti jahsy
    "kamu berhaid dalam pengatahuan allah selama 6 atau 7 hari sebagaimana wanita-wanita kedatangan haid dan mereka bersuci bagi tempoh haid mereka dan tempoh suci mereka
    .ini adalah hadis sohih yang diriwayatkan oleh 5 perawi kecuali an-nasaie.

    Ini juga kerana jika wanita itu mempunyai sesuatu tempoh yang biasa dilaluinya maka hendaklah diambil kira tempoh yang dilalui itu dan jika ia tidak mempunyai tempoh yang biasa dilalui maka menurut zohirnya tempoh haidnya ialah sama seperti tempoh haid yang biasa dilalui oleh wanita-wanita lain.dalam hal ini kebiasaan bagi wanita manakah yang perlu diambil kira untuk dirinya?terdapat 4 wajah mengenainya dan wajah yang ashah mengatakan ia diambil kira dengan melihat kepada wanita-wanita kaum kerabatnya.
    pendapat ke 3 ialah pendapat fuqaha hanafi di mana mereka mengatakan tempoh yang diambil kira ialah hendaklah dengan merujuk kepada tempoh maksimun haid.disisi mereka tempoh maksimun haid ialah 10 hari.oleh itu tempoh bagi suci mereka ialah 20 hari setiap bulan.abu yusuf mengatakan jika ia hendak mengqodakan sembahyangnya maka hendaklah ia merujuk kepada tempoh 3 hari haidnya sebagai waktu minimum haid bagi mazhab hanafi dan jika hendak disetubuhi hendaklah merujuk kepada tempoh maksimun haid iaitu 10 hari bertujuan berhati-hati.diriwayatkan daripada malik yang beliau mengatakan hendaklaha diambil kira tempoh selama 15 hari dan satu riwayat daripadanya meyebutkan ia hendaklah mengikut tempoh wanita-wanita dikalangan sanak saudaranya.diriwayatkan daripada imam daud yang beliau mengatakan tempoh yang diambil kira ialah selama 15 hari.

    kedua:
    permulaan yang dapat dibezakan iaitu wanita yang kedatangan haid itu tidak mempunyai haid yang diketahui tempohnya sebelum kedatangan darah istihadhah.contohnya ialah ia mula kedatangan haid dan berterusan sehingga melepasi tempoh maksimun haid dan berterusan sehingga melepasi tempoh maksimun haid dan ia berupaya membezakan bentuk darah yang keluar seperti ia mendapatinya keluar dengan kuat dan lemah atau seperti ia melihat darah itu berwarna hitam atau berwarna hitam dan berwarna merah lalu semakin pudar warnanya walaupun memakan waktu yang panjang.dalam hal ini darah darah yang keluar dengan kuat itu dikira sebagai darah haid dengan syarat ia kurang daripada tempoh minimun haid dan tidak melepasi tempoh maksimun haid dan darah yang lemah itu tidak kurang dari sekurang-kurang tempoh suci iaitu 15 hari.

    jika darah yang kuat itu kurang dari tempoh minimun haid atau melepasi tempoh maksimun haid atau melepasi tempoh maksimun atau darah yang lemah itu kurang dari tempoh minimun suci seperti ia mendapati darah yang hitam hanya separuh hari sahaja atau 16 hari sahaja atau darah yang lemah itu didapati selama 14 hari atau ia mendapati sepanjang tempoh darah itu keluar,sehari berwarna hitam dan dua hari berwarna merah sehingga begitulah seterusnya ,maka dalam hal ini ia dianggap tidak mempunyai syarat untuk membezakan darah-darah itu.hukum mengenainya akan disebutkan nanti.ini berdasarkan hadist yang diriwayatkan daripada fatimah binti hubaish,di mana beliau berkata kepada RASULULLAH SAW sesungguhnya saya didatangi darah istihadhah adakah saya mesti meninggalkan sembahyang?RASULULLAH SAWCbersabda
    "sesungguhnya darah haids ialah darah berwarna hitam yang dikenali jika demikian halnya tinggallah sembahyang dan jiika sebaliknya maka berwududlah dan sembahyanglah sesungguhnya ia adalah irq(sejenis penyakit wanita)
    (hadis riwayat abu daud,al nasaie dan dianggap sohih oleh ibnu hibban dan al-hakim).maksud perkataan dikenali dalam hadish ini ialah darah itu diketahui oleh golongan wanita dengan sifatnya atau warna atau baunya.

    ketiga
    :kebiasaan yang dapat dibezakan :iaitu wanita yang telah pernah didatangi haid dan suci tetapi tidak dapat membezakan darahnya.jika kebiasaanya ia didatangi haid kurang daripada 15 hari lalu suatu ketika didapati darah itu melebihi tempoh yang biasa dilaluinya maka ia wajib imsak(menahan daripada melakukan ibadat yang diharamkan ketika haid)kerana ada kemungkinan darahnya akan berhenti sebelum melepasi 15 hari.maka jika darahnaya berhenti sebelum melepasi15 hari,keseluruhan hari yang darahnya datang dikira sebagai haid.jika darah itu melepasi 15 hari maka tahulah kita bahawa ia adalah darah istihadhah.oleh itu ia wajib mandi.kemudian jika darah itu tidak dapat dibezakan maka hendaklah dirujuk kepada kebiasaan tempoh yang dilaluinya.maka dalam hal ini darah haidnya ialah darah yang keluar dalam tempoh biasa ia alami sebelum itu dan yang selebihnya dikira sebagai darah istihadhah.ini berhenti pada yang selebihnya ia berada dalam keadaan suci dan ia wajib menqadakan sembahyangnya yang tinggal dalam tempoh itu.pada bulan yang seterusnya jika darahnya berterusan melebihi tempoh yang biasa dilaluinya,maka ia hendaklah mandi ketika tempoh itu telah melepasi tempoh kebiasaanya kerana kita mengatahui berdasarkan pada bulan yang sebelumnya ia didatangi darah istihadahah,oleh itu pada zahirnya darah istihadahah itu juga datang pada bulan yang kemudian.


    keempat:kebiasaan yang dapat dibezakan iaitu wanita yang biasa mempunyai darah haid pada tempoh dan kadar tertentu dan ia dapat membezakan darah yang keluar seperti ia mendapati darah itu keluar dengan kuat atau lemah maka darah itu diputuskan berdasarkan kepada perbezaanya.jika kebiasaanya ia mengalami haid selama 5 hari awal bulan sementara selebihnya ia dalam keadaan suci,lalu suatu ketika ia didatangi darah berterusan melebihi 5 hari dimana ia melihat darah yang berwarna hitam ada 10 hari pertama sementara hari yang selebihnya didapati darah yang berwarna merah,maka haidnya ialah selama 10 hari dan bukanya 5 hari sahaja.ini kerana perbezaan darah yang lebih kuat daripada kebiasaan tempoh haid yang ia lalui disebabkan ia sebagai tanda haid kepada wanita itu.jika tempoh kebiasaannya tidak bercanggah dengan perbezaan darah seperti kebiasaanya ia didatangi haid selama 5 hari dari awal bulan,lalu darah yang datang melebihi 5 hari berbeza dengan darah yang didalam masa 5 hari maka diambil hendaklah diambil kira dengan kedua-duanya sekali.pendapat kedua di kalangan ulama mengatakan dalam hal ini hendaklah dilihat kepada kebiasaan tempoh yang dilaluinya.ia merupakan pendapat khairan,al-ustukhuri dan pendapat dalam mazhab abu hanifah dan ahmad.ini berdasarkan sabda RASULULLAH SAW"
    "hendaklah ditunggu pada bilangan hari dan malam yang mereka kedatangan haid"
    ini juga kerana mengikut adat kebiasaan adalah sabit dan tetap sementara mengikut perbezaan terdedah kepada kepupusan.mereka juga berdasarkan kepada sabda RASULULLAH SAW kepada ummu habibah:
    "tunggulah sekadar masa kamu berada dalam haid kamu kemudian mandi dan sembahyanglah"

    dalam hadith ini menunjukkan hendaklah dirujuk kepada kebiasaan tempoh haid kerana ia lebih kuat disebabkan dalil yang diperolehi melalui cara ini tidak terbatal sementara dengan berdasarkan warna darah apabila melebihi tempoh maksimum haid maka dalil tentang haid itu batal.oleh itu apa yang tidak terbatal dalilnya lebih kuat dan utama dipegangi.

    kita telah meyebutkan bahawa mazhab syafie berpendapat hendaklah diamalkan dengan kebiasaan jika ia bersedirian dan jika cara dan jika cara perbezaan persendirian hendaklah diamalkan dengan cara itu.tetapi jika kedua-dua cara itu ada hendaklah didahulukan cara perbezaan menurut pendapat yang sohih.imam ahmad mengatakan hendaklah didahulukan cara kebiasaan apabila kedua-duanya kedapatan.abu hanifah dan al-thauri mengatakan:cara perbezaan tidak diambilkira sama sekali dan hendaklah dipakai cara kebiasaan sekiranya ada.sekiraya tidak ada cara kebiasaan maka ia hendaklah diambilkira mengikut cara permulaan.imam malik mengatakan cara kebiasaan tidak dipakai sebaliknya dipakai cara perbezaan sekiranya ada.

    sekiranya pembaca rasa terdapat kemusykilan terhadap masalah ini bolehlah tulis kemusykilan di dalam ruang komen dalam bab ini insyallah pemilik blog akan cuba dapatkan jawapan tentang kemusykilan ini insyallah.

    rujukan:hukum dan persoalan darah-darah
    pegarang:syeikh nuruddin al-banjari al-makki

    0 comments:

    Posting Komentar

    Posting Komentar