TINTA AL-FAQIR_DUNGUN

al-faqir_dungun(one_u86@yahoo.com)

perjalanan hidup al-faqir

    follow me on Twitter
    01.02

    untuk mu hatta

    Posted by al-faqir_dungun
    sayut mendengar deringan talifon panggilan dari ust fahmi pukul 1.45 pagi yang mengatakan seorang hafiz dari terengganu telah meyahut panggilan dari ALLAH TAALA.dengan tiba-tiba sahaja titisan air mata berderai melabuh di pipi ku kerana teringatkan baru semalam aku berjumpa denganya dalam keadaan yang sedikit lemah kerana di katakan kurang sihat.ust hatta itulah pangilan yang biasa di gunakan oleh kawan-kawan dalam bermuamalat dengannya.ust hatta ni merupakan seorang hafiz yang datang dari sekoloh maahad terengganu.beliau merupakan seorang yang begitu baik akhlaknya dan tidak pernah membuat hati kawan-kawan terasa kerana dia merupakan insan yang tidak banyak bercakap dan sentiasa stady.gerak langkahnya yang begitu lembut,tutur bicara yang begitu serdahana dan senyuman yang sentiasa bermain dibibirnya sentiasa terungkit difikiranku.pemergian ust hattan merupakan satu kehilangan yang begitu besar buat aku dan juga pelajar terengganu. dia merupakan insan yang patut dijadikan contoh oleh semua sahabat-sahabat kerajinan beliau menghadirkan diri kemajlis ilmu,sentiasa sembahyang jemaah 5 waktu di surau,sentiasa bertemankan al-quran inilah sebahagian akhlak yang sentiasa ditunjuki oleh beliau yang kadang-kadang buat ku rasa malu dengan beliau kerana ketulusan akhlak beliau.ketika jemputan dari malaikat ALLAH TAALA dikatakan beliau dalam keadaan berpeluh dan pemergiaannya dalam keadaan yang begitu tenang...dan inilah sebahgian tanda-tanda berakhirnya seseorang yang husnul khotimah(kematian yang baik).yang diterangkan oleh SAIDINA RASULULLAH SAW.
    "YA ALLAH PELIHARALAH,RAHMATILAH,SAYANGILAH,AMPUNILAH,KURNIAKANLAH KEBAIKAN KEPADA SAHABAT KU INI DAN JADIKANLAH SYURGA SEBAGAI TEMPAT UNTUK SAHABAT KU INI BERSAMA DENGAN HAMBA-HAMBA MU YANG SOLEH YA ALLAH SESUNGGUHNYA ENGAKAULAH ZAT YANG MAHA AGUNG"

    alfatihah......untuk sahabat ku

    4 comments:

    al-faqir_dungun mengatakan...

    ya ALLAH jadikanlah sahabatku ini dari kalangan orang yang soleh amin

    Anonim mengatakan...

    semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah

    MofiR mengatakan...

    smoga beliau ditempatkan bersama-sama orang yg soleh... amin.

    abuyon mengatakan...

    Salam al-faqir, yang dimaksudkan ini bukan ustaz Hatta Paka tu ya ...

    Posting Komentar

    Posting Komentar