TINTA AL-FAQIR_DUNGUN

al-faqir_dungun(one_u86@yahoo.com)

perjalanan hidup al-faqir

    follow me on Twitter
    19.56

    aku,lap top dan solat jemaah

    Posted by al-faqir_dungun
    laungan azan telah kedengaran dari semua ceruk menandakan waktu telah masuk namun aku masih lagi asyik berhadapan dengan lap top aku yang baru ni kerana terlalu seronak berchating sambil menonton cerita dalam keasyikan itu terdetik dihati aku bahawa aku sekarang seolah-olah menukarkan satu kewajipan yang patut aku tanggung dengan manukarnya kerana menuruti nafsu aku yang ingin bermain dengan lap top aku.dalam kekalutan pemikiran aku ini untuk pergi meyahut panggilan azan tadi atau aku akan meneruskan permainan aku ini dengan lap top aku ini.lalu aku teringat satu video seorang hamba ALLAH TAALA yang sedang bermain dengan lap top dengan secara tiba-tiba ALLAH TAALA menjemputnya dalam keadaan dia masih lagi seronak dengan dunia itu (ya ALLAH aku tak nak aku dipanggil oleh mu dalam keadaan aku lalai dengan dunia kecil ini hingga lupa perintah mu) tersentak jiwa aku apabila memikirkan video itu lalu aku bingkas bangun menarik pakaian sembahyang aku pergi kemasjid.dalam perjalanan untuk ke masjid aku banyak terfikir kerana sudah kerap kali aku menukarkan kelebihan sembahyang jemaah dengan dunia aku ini(lap top)dengan erti kata menukarkan suatu kelebihan yang terlalu besar yang mana pernah disebut oleh RASULULLAH SAW
    "bahawa aku akan bakar rumah orang yang tidak pergi sembahyang jemaah".
    hanya dengan lap top yang terlalu kecil nilaian.
    ya ALLAH aku memohon keampunan dari mu kerana sanggup menukarkan perintah mu dengan kehendak nafsu amarah aku ini.aku terlalu kerdil untuk melawan kehendak nafsu aku ini melainkan kekuatan yang engkau kurniakan.ya ALLAH berikan lah kekuatan kepada aku supaya ketaatan aku ini dapat mengatasi kehendak nafsu ku ini.aku sedar semua kehidupan ku ini datang dari kemurahan mu ya ALLAH namun aku masih lagi berbuat maksiat kepada mu.ya ALLAH ampunkan lah dosa ini sesungguhnya aku tahu bahawa diri mu ini maha pemurah dan maha peyanyang dan jugak maha pegampun.ya ALLAH terimalah amalan aku ini.
    ya ALLAH akan aku usahakan bahawa segala perintah mu akan aku dahulu kan daripada kehendak hawa nafsu ini.ya ALLAH aku malu dengan mu dalam kebaikan mu yang tidak terkira banyaknya ini aku masih lagi aku berani untuk membelakangi mu.
    "YA ALLAH AMPUNKAN LAH DOSA AKU INI"

    1 comments:

    Anonim mengatakan...

    moga-moga kita sama-sama dalam perlindungan Allah Taala..rabbi inni zholamtu nafsi..faghfirli..amin ya rabb..

    Posting Komentar

    Posting Komentar