TINTA AL-FAQIR_DUNGUN

al-faqir_dungun(one_u86@yahoo.com)

perjalanan hidup al-faqir

    follow me on Twitter
    11.41

    sembelihan dan akikah

    Posted by al-faqir_dungun

    bab sembelihan

    hukum bagi sembelihan ialah sunat muakkad(sunat yang sangat dituntut)
    syarat bagi binatang yang ingin disembelihkan ialah
    • nak masuk dua tahun bagi biri-biri
    • dua-tiga tahun bagi kambing kacang(biasa)
    • dua-tiga tahun bagi lembu@kerbau
    • unta hendaklah umur lima tahun nak masuk kepada enam tahun
    • memadai bagi seekor unta dan lembu tujuh bahagian
    • kambing dan biri-biri pula satu bahagian untuk seekor


    kecatatan yang tidak soh dibuat korban
    • buta mata sebelah
    • tempang
    • sakit yang keterlaluan
    • hilang sumsum tulang kerana terlalu kurus
    • tidak soh bagi yang terpotong telinga dan ekor.
    • Binatang yang bunting tidak soh dijadikan korban kerana ia dikira binatang yang sakit
    • Soh korban bagi yang patah tanduk dan yang dikasi

    Waktu bagi korban
    Bermula dari keluar matahari pada hari pertama dan yang afdalnya ialah selepas solat raya 2 rakaat dan khutbah raya hingga terbenam matahari daripada akhir hari tasyrik
    Sunat bagi orang yang ingin korban dengan lima syarat
    • Bismillah
    • Solawat atas RASULULLAH
    • Mengadap kiblat
    • Takbir
    • Doakan supaya amalan diterima
    Haram bagi orang yang bernazar makan daging korban termasuk juga orang yang wajib bawah tanggunjawabnya haram makan daging tersebut.
    Sunat bagi orang yang berkorban itu makan daging korban itu
    Tidak boleh menjual daging korban itu
    Dan hendaklah memberi makan daging korban itu kepada orang fakir dan miskin


    Bab akikah

    Hukum bagi akikah ialah sunat
    Akikah ialah sembelihan bagi melahirkan tanda kesyukuran selepas kelahiran anak baru pada hari ke tujuh.sembelihan bagi anak lelaki ialah dua ekor kambing@biri dan bagi anak perempuan ialah satu ekor kambing@biri-biri.
    Dan hendaklah kita bagi daging sembelihan dengan cara masakan kepada orang miskin dan fakir.bagi anak yang keguguran kita akan melihat keadaan bayi itu sekiranya bayi itu sudah berupa manusia maka sunat kita buat akikah untuk bayi itu dan sunat jugak kita megurniakan nama untuk bayi ini

    0 comments:

    Posting Komentar

    Posting Komentar