TINTA AL-FAQIR_DUNGUN

al-faqir_dungun(one_u86@yahoo.com)

perjalanan hidup al-faqir

    follow me on Twitter
    23.58

    HAID

    Posted by al-faqir_dungun

    BAB BERKENAAN DENGAN HAID

    Haid adalah darah fitrah yang keluar dari panggal rahim wanita pada masa yang telah sampai peringkat baligh pada waktu sihat tanpa apa_apa sebab seperti beranak pada waktu tertentu.

    SIFAT DARAH HAID

    Warna bagi darah haid ialah

    1 hitam

    2 merah

    3 antara keemasan dan keruh

    4 kuning

    5 keruh

    6 hijau(bagi pendapat imam abu hanifah)

    Keadaan bagi darah haid ialah

    1.ia seperti terbakar akibat kepanasan

    Kepekataan

    1.ia keluar dengan perlahan dan tidak keluar seperti cairan biasa dan ia sangat lah pekat

    Bau

    1…darah haid mempunyai bau yang busuk ditambah lagi dengan warna yang hitam atau yang sangat merah kebiasaannya.

    Ibadat yang berkaitan dengan haid antaranya:-

    1 Sembahyang

    2 Sujud tilawah

    3 Sujud syukur

    4 Tawaf

    5 Iktikaf

    6 Masuk ke masjid jika di bimbangi mencemarkannya

    7 Membaca al quran

    8 Meyentuh mushaf(al quran)

    9 Persetubuhan

    10 Istimta(berseronak antara lutut dan pusat)

    11 Talaq

    12 bersuci

    13 puasa

    Hukum belajar haid.

    Wajib bagi semua wanita dan lelaki belajar bab yang berkaitan dengan dengan haid ini.isteri boleh keluar rumah untuk belajar malah wajib keluar sekiranya suami tidak tahu berkenaan dengan bab ini.sekiranya suami dah tahu dan boleh menyelesaikan masalah isteri samada dengan pengatahuan suami atau suami yang pergi mencari jawapan dari ulama berkenaan dengan hal ini meyebabkan isteri tidak wajib lagi keluar untuk mencari ilmu berkenaan bab ini.dan kalau suami tidak tahu tetapi menghalang isteri keluar untuk mencari ilmu ini hukum pada suami adalah haram dan isteri boleh keluar rumah tanpa meminta izin dari suami.ini kerana bab haid adalah kefarduan yang wajib diketahui oleh semua orang lelaki dan perempuan.kewajipan ini juga terletak diatas bahu lelaki kerana mereka ini akan berumahtangga dan menjadi kewajipan kepada mereka untuk medidik orang yang dibawah tanggugnjawabnya seperti anak dan isteri.

    Umur bermula dan berakhir haid

    Umur yang paling awal bagi wanita keluar haid ialah ketika umur 9 tahun dan umur bagi wanita yang putus haid ialah kebiasaannya 62 tahun.ini adalah keputusan kajian yang di buat oleh Imam Syafie RAHIMAHULLAH.

    Kadar haid

    1 Sekurang kurang haid ialah sehari semalam(24 jam)

    2 Sebanyak-banyak haid ialah 15 hari 15 malam.

    3 Kebiasaan haid keluar adalah 6 dan 7 hari.

    Tempoh suci antara dua haid

    Tempoh bagi suci antara dua haid sekurang-kurangnya ialah 15 hari 15 malam

    .

    Tanda berhenti haid:-

    Al Imam Nawawi Rahimahullah meyebutnya tanda terputusnya haidnya dan wujudnya suci ialah berhentinya darahnya dan juga cairan kuning dan keruh.apabila terputusnya darah yang keluar maka wanita itu menjadi suci samada selepasnya keluar lembapan berwarna putih atau tidak.

    Hukum penggunaan ubat untuk menghalang atau menahan haid

    Harus bagi wanita untuk menggunakan ubat bagi tujuan menahan atau menghalang haid tetapi disini ada beberapa syarat iaitu

    1 Tidak memudarat kepada wanita itu sekiranya ia memudarat kan kepada wanita itu nescaya pada waktu itu haram hukumnya.

    2 Dilakukan dengan keizinan dari pihak suami kerana hal ini berkaitan dengan suami contohnya menghalang untuk suami dari melakukan persetubuhan.

    Qada bagi sembahyang dan puasa

    Wajib bagi wanita mengantikan semula puasa wajib yang ditinggalkan ketika haid.

    Bagi sembahyang pula tidak dikenakankan ganti.kerana ia sabit dengan hadis RASULULLAH yang diriwayatkan oleh ummu mukminin Saidatina Aisyah.

    Waktu suci haid pada akhir waktu.

    Apabila seorang wanita yang berhaid atau bernifas telah suci dan baki waktu sembahyang masih ada sekadar sempat dilakukanya satu rakaat maka ia wajib menunaikan sembahyang itu.

    Sekiranya wanita suci haid pada ketika waktu asar maka wajib bagi wanita tersebut untuk mengantikan sembahyang asar dan juga zohur pada 2 waktu yang boleh dijamak contohnya zohur dan asar dan magrib dan isya

    Kedatangan haid selepas masuk waktu.

    Wanita yang kedatangan haid selepas masuk waktu sembahyang yang mana ia sempat untuk menunaikan sembahyang waktu itu dengan kadar paling ringan yang mugkin tetapi ia tidak menunaikanya maka ia wajib menqadakannya apabila ia telah bersuci.

    0 comments:

    Posting Komentar

    Posting Komentar