TINTA AL-FAQIR_DUNGUN

al-faqir_dungun(one_u86@yahoo.com)

perjalanan hidup al-faqir

    follow me on Twitter
    19.44

    ZULHIJJAH

    Posted by al-faqir_dungun

    kelebihan awal sepuluh Zulhijjah dan cara meyambutnya

    الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

    Dalam islam sesuatu amalan itu boleh menjadi semakin mulia jika disertai dengan kemuliaan tempat atau si pelaku atau masa dilakukan.Solat dua rakaat dilakukan di Mekah tidak sama dengan dua solat sunat ditempat.Bersedekah pada bulan romadhan adalah lebih baik dari sedekah pada bulan-bulan yang lain.Amalan yang dilakukan oleh individu yang menjadi ikutan orang ramai adalah lebih afdal daripada amalan orang biasa.Oleh itu di dalam lebaran ringkas ini kita akan membincangkan tentang kelebihan sepuluh zulhijjah dan cara-cara megisi kelebihan tersebut.

    ما من أيام العمل الصالح فبها أحب إلى الله من هذه الأيام يعني أيام العشر قالوا يا رسول الله ولا الجهاد في سبيل الله؟ قال: ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء

    Sabda Nabi SAW : "Tidak ada suatu amalan soleh pun yang lebih disukai oleh Allah Taala dan hari-hari ini iaitu sepuluh hari(zulhijjah).sahabat bertanya lebih afhdal dari berjihad fisabillah?jawab Nabi SAW (hari-hari tersebut)lebih afdhal dari berjihad fisabillah melainkan seorang lelaki yang keluar dengan mengorbankan dirinya dan hartanya dan dia tidak lagi pulang kerumahnya(syahid)." Hadis riwayat Bukhori

    Menurut Ibnu Rejab hadis diatas menunjukkan bahawa amalan yang biasa akan menjadi lebih mulia dan lebih afhdal dari amalan lain apabila dikerjakan pada waktu yang mulia.

    Ibnu Rejab seterusnya menjelaskan tentang kelebihan beramal pada sepuluh hari dari permulaan Zuhhijjah mengatasi kelebihan berjihad dengan berkata “zahir hadis diatas menunjukkan bahawa amal soleh yang dikerjakan pada sepuluh tersebut adalah lebih dari amal soleh yang dikerjakan pada hari-hari lain.adapun berkenaan amal soleh pada hari-hari tersebut melebihi dari berjihad pula,beliau menjelaskan bahawa amal soleh yang dikerjakan sepanjang sepuluh hari(tanpa terputus)adalah lebih mulia dari berjihad.
    Ini adalah berdalilkan hadis berikut:
    Dari abu hurairah katanya seorang lelaki telah datang menemui nabi saw seraya berkata beritahulah aku satu amalan yang meyamai jihad dijalan Allah.jawab Nabi SAW aku dapati tidak ada satu amalan pun yang meyamai amalan jihad.seterusnya baginda bertanya kepada lelaki tersebut:

    هل تستطيع إذا خرج المجاهد أن تدخل مسجدك فتقوم ولا تفتر وتصوم ولا تفطر

    Adakah engkau mampu apabila seorang mujahid itu keluar berjuang engkau memasuki tempat solat engkau tanpa rasa letih engkau berdiri beribadat berpuasa tanpa berbuka?
    hadis riwayat Bukhori:

    ما من أيام أحب إلى الله أن يتعبد له فيها من عشر ذي الحجة يعدل صيام كل يوم منها بصيام سنة وقيام كل ليلة منها بقيام ليلة القدر

    Tidak ada hari yang terlebih ALLAH kasihi dilakukan ibadat padanya lebih dari sepuluh hari dari bulan zulhijjah .Berpuasa satu hari pada hari-hari tersebut meyamai berpuasa setahun dan berqiamulail satu malam pada dari malam –malam tersebut adalah lebih mulia(meyamai)dari qiamulail pada malam al qadar
    Hadis riwayat tirmizi
    Menurut ulama hadis,hadis diatas adalah lemah
    Sesungguhnya sepuluh hari dari bulan zulhijjah adalah hari yang diberkati.Oleh itu ALLAH bersumpah di dalam Al-Quran dengan sepuluh hari tersebut dengan firmannya

    وليال عشر

    Demi malam-malam sepuluh zulhijjah

    Nabi SAW pula menggesa umatnya agar mengerjakan amal soleh kerana hari-hari tersebut mengandungi kelebihan yang banyak.
    Menurut ibnu hajar sepuluh hari dari bulan zulhijjah itu adalah hari yang agong kerana pada hari-hari tersebut berhimpun segala ibadah utama iaitu solat,puasa,sedekah dan haji.keadaan ini tidak berlaku pada bulan yang lain.

    Ibnu Taimiyyah pernah ditanya tentang sepuluh hari dari bulan Zulhijjah dan sepuluh malam dan sepuluh malam akhir bulan Romadhan manakah yang lebih afdhal?beliau menjawab sepuluh hari bulan zulhijjah lebih afdhal dari sepuluh hari akhir bulan ramadhan dan malam sepuluh akhir Ramadhan lebih afdhal dari malam sepuluh awal Zulhijjah.

    Manakala Ibnu Rejab pula berpendapat bahawa sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdhal dari sepuluh hari bulan Ramadhan .Manakala malam al-qadar pula lebih mulia dari malam-malam yang lain.Namun jika digabung sepuluh malam awal Zulhijjah dengan harinya dan dibandingkan dengan sepuluh malam Ramadhan(berserta dengan harinya)yang terdapat padanya malam al-qadar,berkemugkinan besar sepuluh hari awal Zulhijjah adalah lebih mulia.
    Lantaran itu tidak hairanlah golongan salafussoleh berlumba-lumba mengerjakan ibadat pada hari-hari berikut.Ibnu Abbas meriwatkan hadis berbunyi:

    ما من عمل أزكى عند الله عز وجل ولا أعظم أجرا من خير يعمله في عشر الأضحى قيل ولا الجهاد في سبيل الله قال ولا الجهاد في سبيل الله عز وجل الا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء قال : وكان سعيد بن جبير إذا دخل أيام العشر اجتهد اجتهادا شديدا حتى ما يكاد يقدر عليه

    Tidak ada suatu amalan yang paling suci disisi Allah dan lebih besar pahalanya dari amalan yang engkau lakukan pada sepuluh awal Zulhijjah.sahabat bertanya adakah lebih afdhal dari berjihad fi sabilillah?jawab Nabi SAW:lebih baik dari berjihad fi sabilillah melainkan seorang lelaki yang keluar dengan jiwa dan harta dan tidak pulang lagi kerana syahid”.seterusnya perawi menceritakan bahawa Said bin Jubair apabila masuknya awal bulan Zulhijjah .Maka beliau bersungguh-sungguh beribadat sehingga hampir-hampir ia tidak mampu mengerjakannya lagi.
    Hadis riwayat Darimi

    Sesungguhnya kesempatan untuk berada di permulaan sepuluh hari pada bulan Zulhijjah adalah nikmat yang amat bernilai.Nikmat tersebut hanya akan dimanafaatkan oleh mereka yang mempunyai hubungan yang rapat dengan ALLAH.oleh itu menjadi tanggunjawab setiap muslim untuk meyedari keagungan nikmat kurniaan tersebut dan seterusnya merebut peluang beribadat padanya.Setiap amal soleh yang dilakukan hendaklah dilaksanakan secara bersungguh-sungguh.

    Adakah susah bagi seseorang islam untuk mengkhatamkan Al-Qquran sepanjang sepuluh hari tersebut ?berpuasa sunat selama sembilan hari terutamanya pada hari tersebut?berpuasa sunat selama sembilan hari terutamnya pada hari kesembilan Zulhijjah?kalau pada bulan ramadhan manusia boleh meluangkan masa untuk mengunjungi rumah Allah secara beramai-ramai mengapa tidak pada sepuluh hari bulan Zulhijjah ?secara logiknya kalau sebulan hari lebih kita mudah untuk kerjakan amal soleh berbanding sebulan.

    Abu Othman An Nahdi berkata menjadi amalan golongan solehfussoleh mengagungkan tiga puluh hari dalam sebulan hari-hari tersebut iaitu:
    • Sepuluh hari akhir Ramadhan
    • Sepuluh hari awal Zulhijjah
    • Sepuluh hari awal Muharram


    AMALAN SUNAT PADA SEPULUH AWAL ZULHIJJAH

    Di antara amalan yang sunat dilakukan pada sepuluh awal Zulhijjah ialah:

    1-BEPUASA
    Disunatkan berpuasa sunat bermula daripada satu Zulhijjah sehinggalah hari kesembilan Zulhijjah. Ini bersumberkan Hadis berikut:

    عن هنيدة بن خالد عن امرأته عن بعض أزواج النبي صلى الله عليه وسلم:
    أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يصوم تسعا من ذي الحجة زويوم عاشوراء وثلاثة أيام من كل شهر أول اثنين من الشهر وخميسين.

    Hunaidah bin Kholid meriwayatkan dari isterinya, isterinya berkata, isteri Nabi SAW menceritakan bahawa Baginda SAW berpuasa sembilan hari pada Zulhijjah, hari kesembilan bulan Muharram dan tiga hari pada tiap-tiap bulan iaitu pada hari isnin awal setiap bulan dan dua hari khamis. Hadis riwayat Nasaei

    Imam Nawawi berkata berpuasa pada sembilan hari tersebut amat dituntut.

    2-BERZIKIR, BERTAKBIR DAN BERTAHMID
    Disunatkan kepada lelaki dan perempuan memperbanyakkan takbir dan tahlil pada sepuluh hari Zulhijjah tersebut. Pekara ini berdalilkan kepada Hadis berikut:

    ما من أيام أعظم عند الله ولا أحب إليه من العمل فيهن من هذه الأيام العشر فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد

    Tidak ada satu haripun yang terlebih agung dan terlebih dikasihi Allah daripada amalan dari permulaan sepuluh hari bulan Zulhijjah. Oleh itu perbanyakkanlah tahlil,takbir dan tahmid pada hari-hari tersebut. Hadis riwayat Ahmad

    Imam Bukhori berkata “adalah Umar bin Al-Khattab bertakbir di dalam khemahnya di Mina sehingga dapat didengari oleh mereka yang berada di dalam masjid. Merekapun bertakbir juga, begitu juga orang yang berada di pasar bertakbir sehingga pasar bergema denagan suara takbir”.

    Manakala Ibnu Umar pula bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut, setiap kali selepas solat, di atas katil, ketika berada dalam khemah, tempat duduk dan ketika berjalan.

    Imam Bukhori juga menyebut bahawa Ibnu Umar dan Abu Hurairah keluar ke pasar pada sepuluh hari tersebut sambil bertakbir, lalu orang ramai pun bertakbir kerana mengikut perbuatan keduanya.

    Menurut ulama’ tafsir, gesaan supaya memperbanyakkan berzikir pada sepuluh hari awal dari bulan Zulhijjah adalah bersumberkan ayat berikut:

    ويذكروا اسم الله في أيام معلومات

    Supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu (sepuluh hari dari bulan Zulhijjah)

    Di antar zikir yang disyorkan oleh para ulama’ ialah zikir berikut:

    اللهم إني أصبحت أشهدك وأشهد حملة عرشك وملائكتك وجميع خلقك أنك أنت اللّه لا إله إلا أنت وأن محمداً عبدك ورسولك

    Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berpagi dalam keadaan aku menyaksikan di hadapan Engkau, Malaikat yang membawa ArasyMu, para malaikat yang lain dan di hadapan semua makhlukMu bahawa Engkaulah Allah tiada Tuhan melainkan Engkau dan Nabi Muhammad itu hamba dan utusanMu.

    Pekara ini berdasarkan Hadis berikut:

    من قال حين يصبح أو يمسي: اللهم إني أصبحت أشهدك وأشهد حملة عرشك وملائكتك وجميع خلقك أنك أنت اللّه لا إله إلا أنت وأن محمداً عبدك ورسولك أعتق اللّه ربعه من النار، فمن قالها مرتين أعتق اللّه نصفه [من النار]، ومن قالها ثلاثاً أعتق اللّه ثلاثةً أرباعه [من النار]، فإِن قالها أربعاً أعتقه اللّه من النار".

    Barangsiapa yang berkata ketika waktu pagi dan petang:

    اللهم إني أصبحت أشهدك وأشهد حملة عرشك وملائكتك وجميع خلقك أنك أنت اللّه لا إله إلا أنت وأن محمداً عبدك ورسولك

    Ya Allah Ya TuhanKu, sesungguhnya aku berpagi dalam keadaan aku menyaksikan di hadapan Engkau, Malaikat yang membawa ArasyMu, para malaikat yang lain dan di hadapan semua makhlukMu bahawa Engkaulah Allah tiada Tuhan melainkan Engkau dan Nabi Muhammad itu hamba dan utusanMu.

    Nescaya Allah membebaskan seperempat dari jasadnya dari neraka. Barangsiapa yang mengucapkan dua kali, nescaya Allah membebaskan separuh jasadnya dari neraka dan barangsiapa yang mengucapnya sebanyak tiga kali, nescaya Allah akan membebaskan tiga perempat jasadnya dari neraka dan barangsiapa yang mengucapnya sebanyak empat kali, nescaya Allah akan membebaskan seluruh jasadnyadari neraka. Hadis riwayat Abu Daud

    3-BERQIAMULLAIL

    ما من أيام أحب إلى الله أن يتعبد له فيها من عشر ذي الحجة يعدل صيام كل يوم منها بصيام سنة وقيام كل ليلة منها بقيام ليلة القدر

    Tidak ada hari yang terlebih Allah kasihi dilakukan ibadat padanya lebih dari sepuluh hari dari bulan Zulhijjah. Berpuasa satu hari pada hari-hari tersebut menyamai berpuasa setahun dan berqiamullail satu malam dari malam- malam tersebut adalah lebih mulia dari qiamullail pada malam Al-Qadr. Hadis riwayat Tirmizi

    4-MEMPERBANYAKKAN AMAL SOLEH SECARA UMUMNYA

    Sabda Nabi SAW:

    ما من عمل أزكى عند الله عز وجل ولا أعظم أجرا من خير يعمله في عشر الأضحى قيل ولا الجهاد في سبيل الله قال ولا الجهاد في سبيل الله عز وجل الا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء قال : وكان سعيد بن جبير إذا دخل أيام العشر اجتهد اجتهادا شديدا حتى ما يكاد يقدر عليه


    Tidak ada satu amalan yang paling suci di sisi Allah dan lebih besar pahalanya dari amalan yang engkau kerjakan pada permulaan hari dari bulan Zulhijjah. Sahabt Nabi bertanya adakahlebih afdhal dari berjihad fi sabilillah?jawab nabi saw lebih baik dari berjihad fi sabilillah melainkan seorang lelaki yang keluar dengan jiwa dan harta dan tidak pulang lagi kerana syahid.seterusnya peraawi menceritakan said bin jubbir apbila masuknya awal bulan zulhijjah mak beliau bersungguh –sungguh megerjakan ibadat sehingga hapir tiudak mampu megerjakannya lagi.

    HARI ARAFAH

    Hari arafah ialah hari yang kesembilan. Hari tersebut mempunyai kelebihan yang besar. Nabi SAW bersabda mengenai hari arafah:

    Tidak ada hari paling banyak Allah bebaskan hambanya dari neraka jika dibandingkan dengan hari arafah. Sesungguhnya Allah menghampiri kemudian Allah berbangga di hadapan para malaikat seraya berfirman apa yang dikehendaki oleh hamba-hambaku ini.
    Hadis riwayat Muslim

    Menurut ibnu Al-Bar hadis di atas menunjukkan bahawa Allah mengampuni hamba-hambanya kerana Allah tidak berbangga dengan ahli maksiat melainkan selepas hamba tersebut bertaubat.Menurut ibnu Rejab, anugerah keampunan dosa pada hari Arafah adalah meliputi seluruh hamba bukannya hamba yang berada di Arafah sahaja.

    Jesteru itu seorang muslim hendaklah memperbanyakkan amal soleh terutamanya berpuasa sunat. Abu Qotadah meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda berkenaan kelebihan berpuasa pada hari Arafah:
    يكفر السنة الماضية والباقبة
    (berpuasa sunat pada hari arafah) menghapuskan dosa tahun yang terdahulu dan satu tahun yang kemudian.
    Hadis riwayat Muslim

    Pada hari Arafah juga disunatkan memperbanyakkan berdoa
    Sabda Nabi SAW:

    خير الدعاء دعاء يوم عرفة وخير ما قلت أنا والنبيون من قبلي لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

    Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah. Sebaik-baik apa yang aku dan Nabi-nabi ucapakan ialah:
    لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
    Hadis riwayat Tabarani

    Menurut Ibnu Al Bar hadis menunjukkan bahawa berdoa pada hari arafah lebih afdhal dari berdoa pada hari-hari yang lain.hadis di atas juga menerangkan bahawa pada hari arafah Nabi SAW memperbanyakkan zikir:

    لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

    PENUTUP

    Menurut kenyataan para ulamak.kesungguhanya beribadat pada hari-hari tersebut(sepuluh awal zulhijjah)adalah menunjukkan seseorang itu bertaqwa kepada Allah Taala.firman Allah:

    ذلِكَ وَمَن يُعَظِّمۡ شَعَـٰٓٮِٕرَ ٱللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقۡوَى ٱلۡقُلُوبِ (٣٢

    Yang demikian itu barangsiapa yang mengagongkan syiar Allah, maka perbuatan itu lahir ketaqwaan hati. (Surah Al-Hajj-ayat 32)

    Seorang penyair pernah bermadah:

    قطعت شهور العام سهواً وغفلة * ولم تحترم فيما أتيت المحرما
    فلا رجباً وافيت فيه بحقه *ولا صمت شهر الصوم شهراً متمماً
    ولا في ليالي عشر ذي الحجة الذي*مضى كنت قواماً ولا كنت محرماً
    فهل لك أن تمحو الذنوب بعبرة *وتبكي عليها حسرةً وتندما
    وتستقبل العام الجديد بتوبة * لعلك أن تمحو بها ما تقدما

    Engkau menghabiskan tempoh setahun dalam keadaan lupa dan lalai
    Engkau tidak menghargai bulan Muharram
    Engkau juga tidak melaksanakan hak bulan Rejab
    Engkau juga tidak berpuasa sebulan dengan sempurna
    Engkau tidak melaksanakan qiamullail pada malam-malam sepuluh Zulhijjah
    Dan engkau juga tidak mengerjakan haji
    Adakah engkau merasakan dosa engkau terhapus dengan air mata sahaja
    Engkau meratapi dosa-dosa tersebut dengan menyesal dan patah hati?
    Sekarang engkau menyambut tahun baru dengan bertaubat
    Semoga dosa engkau yang terdahulu terhapus dengan taubat tersebut

    نسأل الله عز وجل أن يهيئ لنا من أمرنا رشدا وأن يوفقنا لعمل الصالحات وأن يجعلنا من عباده المخلصين وبالله التوفيق وصلى الله وسلم على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين


    rujukan:kertas kerja syeikhuna wal ustazuna Syeikh Tirmizi Taha
    kerjasama dari :Ust Fahmi
    :ust Ismail
    :ust Syukri

    0 comments:

    Posting Komentar

    Posting Komentar