TINTA AL-FAQIR_DUNGUN

al-faqir_dungun(one_u86@yahoo.com)

perjalanan hidup al-faqir

    follow me on Twitter
    17.08

    salam terakhir

    Posted by al-faqir_dungun
    assalamualaikum kpd sahabat2 aku yg di kasihi.ini mugkin posting terakhir aku ketika aku berada di bumi ambia ini.sekarang pukul 3.14 pagi mata masih lagi belum megantuk mugkin kerana didikan selama ini supaya berjaga waktu malam dan tidor waktu pagi.sebenar di sini sekadar coretan terakhir aku untuk kalian semua.pertama aku ingin mohon kemaafan daripada kamu semua kerana aku tahu aku perangai aku yang terlalu suka"membakar"yang kadang2 membuatkan seseorang tertekan dengan aku.dan pernah beberapa kali aku berperangai yang sedemikian yang meyebabkan sahabat aku ini ingin bergaduh dengan aku.aku memohon jutaan kemaafan kerana aku bimbing takut2 sahabat aku ini ingin membongkarnya di padang masyar kelak maafkan ku.

    sahabat

    aku mugkin pernah tersalah makan makanan sahabat aku dalam keadaan tanpa memaklumkan kepada mereka maafkan aku dan aku harap kamu menghalalkan nya aku takut daging yang tumbuh dari makanan itu disentuh oleh api neraka.aku mugkin pernah terkasar bahasa dengan kamu semua aku mohonkan keampunan dari kamu dan jangan lah kamu meminta kebaikan yg ada pada aku hari kiamat nnt kerana aku takut aku salah seorang yang muflis pada hari kiamat nanti maafkan aku.

    sahabat

    please maafkan aku sekiranya aku pernah megumpat kepadakamu semua samada secara sedar ataupun tidak.aku sedar diri aku ni serba kekurangan dari sudut ilmu,akhlak,mulut dll.aku bimbang aku lah orang memotong lidah sendiri pada hari kiamat kerana balasan dari ALLAH TAALA kerana suka megumpat.

    sahabat

    mugkin aku pernah buat kesalahan kepada kamu.

    BOLEH TAK KAMU MEMAAFKAN AKU INI???

    aku ingin bersama kamu di alam roh dari kalangan orang yg bertakwa dan bahagia aku takut aku di letak bersama orang yang celaka.dan juga bersama mu di dalam syurga.

    please maafkan diri ini
    02.08

    jiwa sufi

    Posted by al-faqir_dungun
    segala puji bagi allah taala dan solawat dan salam bagi junjungan besar,rahmat bagi alam dan semulia-mulia makhluk saidina rasulullahi solallahualaihiwassalm dan juga kepada sahabat baginda dan orang yang mengikuti baginda.

    sekadar berkongsi degan sahabat-sahabat berkenaan satu kisah yang di ceritakan oleh syeikh yusri kepada murid-muridnya antaranya ust nazrul.dan cerita ini di tuturkan oleh ust nazrul ketika mengajar di rumah terengganu berkaitan kitab yang membincangkan masalah imam dan makmun.ketika mengajar kitab itu ust nazrul meyelitkan kisah yang sangat menarik yang begitu banyak pengajaran bermula al kisah..

    berlaku pada zaman yang lampau seorang ulama sufi yang baru berkahwin dengan seorang wanita muda yang dikatakan mempunyai masalah dari sudut akhlak dan pergaulan dengan masyrkat.perempuan ini sebelum berkahwin dengan beliau telah mempunyai seorang pancaran (buah hati)dan perempuan ini masih lagi mejalinkan hubungan sulit walaupun telah berkahwin dengan seorang ulama.perkara ini telah diketahui oleh masyarakat di kampung yang diduduki oleh ulama ini.perkara ini telah dimaklumkan oleh penduduk kampung ini kepada ulama ini namun ulama ini tidak mempercayai kerana tidak ada bukti yang jelas.perkara ini berterusan hinggalah berlaku satu perkara yang pelik iaitu ketika si isteri sedang bersame(berzina)dengan pancaran dia ini dengan izin ALLAH TAALA melekat mereka berdua meyebabkan tidak dapat lari dalam waktu yang same penduduk kampung telah kepung rumah ini meyebabkan pasangan yang melekat ini terlalu malu.ulama ini pula kebetulan baru pulang dari menjalankan kerja harian iaitu meninggikan kalimatullah.apabila ulama ini masuk didapati pasangan ini melekat lalu terus ulama itu pergi kearah pasanagan itu lalu dia hanya memegang kepala isteri nya lalu berkata aku maafkan mu dan aku ceraikan mu.lalu terpisah pasangan ini.bagaimanapula dengan kita sekiranya berlaku perkara sedemikian kepada kita (nauzubillah)apa yang akan kita lakukan???

    17.36

    hati

    Posted by al-faqir_dungun
    jam sudah pukul 4 pagi namun mata masih lagi belum mahu tutup mungkin kerana waktu siang tadi terlalu banyak berehat dengan menggunakan anggota mata ini.sudah lama tidak aku menconteng sesuatu dalam blog ini bukan kerana sibuk dan bukan juga kerana masalah internet cuma sifat malas yang memeluk jiwa ini meyebabkan tangan berat untuk menari di atas papan kekunci ini dan jugak akal malas untuk memutarkan maklumat yang tersimpan di dalamnya.cuma pagi ini sebagai muhasabah untuk diri yang hina ini aku cuba untuk menguatkan diri ini untuk mencoretkan sesuatu dalam blog aku ini.

    beberapa hari sebelum ni aku dan juga guru-guru aku iaitu dr malik,dr zuket,dr anas,dr hasyim,dr fahmi,dr najmi,ust mat,dan juga dr akhowat dan ustazah dan ramai lagi(yang aku lupa nama mereka maafkan insan yang lemah ini)baru habis tamatkan kitab penawar hati karangan syeikh abdul qadir al-mandili ALHAMDULILLAH.apabila aku habiskan kitab ini aku kadang2 menitiskan mutiara di pipi aku ini kerana memikirkan apabila bertambah ilmu seseorang namun tidak bertambah amalan maka ingatlah bahawa ia satu tanda bahawa kita makin jauh dengan ZAT YANG MAHA MULIA.aku takut aku tergolong dari kalangan ini.
    YA ALLAH jauh kan lah aku dari golongan ini.

    apabila membicarakan kitab ini yang ia berkaitan dengan hati,aku merasakan bahawa memang akulah insan yang yang mempunyai hati yang bersadurkan dengan karat maksiat.aku takut dengan diri ini kerana merasakan diri ini seperti burung kakak tua yang hanya pandai bertutur namun tidak pernah memahami apa maksudnya.aku merasakan memang pegarang kitab ini menulis kitab ini adalah untuk memberi pengajaran kepada orang seperti diri aku ini yang sentiasa dalam maksiat dalam waktu yang sama tidak ada usaha untuk berubah.

    bagi diri aku ini untuk menghabiskan sesebuah kitab tidaklah sulit nak di bandingkan dengan nak mengamalkan apa yang terdapat di dalam kitab ini.

    "YA ALLAH BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA AKU INI UNTUK AKU BERADA TETAP DIATAS JALAN MU YA ALLAH"

    aku sangat berkenan dengan kata-kata imam ghazali di dalam kitab bidayatul hidayah yang telah aku habiskan bersama dengan guru-guru ku sebelum ini.imam ghazali mengatakan bahawa

    "JANGAN LAH KAMU WAHAI PENUNTUT ILMU AGAMA MENCARI ILMU YANG BERKAITAN DENGAN MASALAH CABANG DALAM FIKAH SEKIRANYA MASALAH HATI KAMU MASIH LAGI BELUM SELESAI"

    biarlah aku berbicara dengan hati aku pagi ini untuk cuba menjadi hamba yang berjalan di muka bumi in dengan bertatahkan hati yang berkilau seperti mana mutiara INSYALLAH.
    aku rasa sekadar ini dahulu coretan buat pagi ini agar ia menjadi santapan rohani makanan untuk jiwa yang kosong dari ilmu dan untuk insan hina dan faqir ini.tq guru-guru ku.
    00.26

    sedia

    Posted by al-faqir_dungun
    Segala puji bagi ALLAH TAALA dengan segala pujian yang sebenar-benar pujian dan solawat dan salam bagi junjungan Agong Saidina Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam dan keluarga baginda dan juga sahabat baginda yang di redoi oleh ALLAH TAALA.

    Telah lama aku mendiamkan diri bukan kerana tidak ingin untuk membuat post terbaru namun kerana kecetekan ilmu didada untuk aku berkongsi dengan sahabat-sahabat sekelian.saat ini aku hanya sekadar membuat coretan untuk muhasabah diri yang hina ini.bahan yang ingin aku kongsi bersama ialah berkenaan persedian untuk bermunajat dengan ALLAH TAALA(sembahyang).aku merasa pelik apabila laungan azan dari muazzin telah berkumandang namun aku tetap dengan dunia aku yang bersembang tetap dengan bersembangya,yang bermain tetap dengan mainanya,yang dengan lap topnya tetap dengan dunia nya itu.mugkin dalam pemikiran aku ini waktu untuk menunaikan sembahyang masih lagi panjang jadi tidak perlulah bersegera untuk turun untuk sembahyang awal tapi bila aku fikir semula aku ini pelajar agama belajar di mesir bumi yang penuh berkat kalau inilah kelakuan aku sebagai pelajar agama apatah lagi mereka yang tidak mempelajari ilmu agama secara khusus?sepatutnya akulah yang menjadi contoh untuk mereka ini dan akulah orang yang sepatutnya menghidupkan sunnah.
    ketika mana aku belajar pernah diberitahu kepada aku oleh guru ku jangan suka bertangguh dalam menunaikan ibadat kerana cuba fikir sekiranya pada hari kiamat nanti ALLAH TAALA menangguhkan atau melambatkan hisaban kita tentu penderitaan yang kita hadapi terlalu meyiksakan jadi sekiranya kita nak dipermudahkan hisaban kita pada hari kiamat kita jangan sekali-kali memberatkan diri dalam ibadat terutamanya ibadat sembahyang.
    sekadar coretan pagi ini.bukan untuk mengata kepada sesiapa sesungguhnya pembaca artikal ini pada aku ialah jauh lebih mulia dari diri ini...


    19.56

    aku,lap top dan solat jemaah

    Posted by al-faqir_dungun
    laungan azan telah kedengaran dari semua ceruk menandakan waktu telah masuk namun aku masih lagi asyik berhadapan dengan lap top aku yang baru ni kerana terlalu seronak berchating sambil menonton cerita dalam keasyikan itu terdetik dihati aku bahawa aku sekarang seolah-olah menukarkan satu kewajipan yang patut aku tanggung dengan manukarnya kerana menuruti nafsu aku yang ingin bermain dengan lap top aku.dalam kekalutan pemikiran aku ini untuk pergi meyahut panggilan azan tadi atau aku akan meneruskan permainan aku ini dengan lap top aku ini.lalu aku teringat satu video seorang hamba ALLAH TAALA yang sedang bermain dengan lap top dengan secara tiba-tiba ALLAH TAALA menjemputnya dalam keadaan dia masih lagi seronak dengan dunia itu (ya ALLAH aku tak nak aku dipanggil oleh mu dalam keadaan aku lalai dengan dunia kecil ini hingga lupa perintah mu) tersentak jiwa aku apabila memikirkan video itu lalu aku bingkas bangun menarik pakaian sembahyang aku pergi kemasjid.dalam perjalanan untuk ke masjid aku banyak terfikir kerana sudah kerap kali aku menukarkan kelebihan sembahyang jemaah dengan dunia aku ini(lap top)dengan erti kata menukarkan suatu kelebihan yang terlalu besar yang mana pernah disebut oleh RASULULLAH SAW
    "bahawa aku akan bakar rumah orang yang tidak pergi sembahyang jemaah".
    hanya dengan lap top yang terlalu kecil nilaian.
    ya ALLAH aku memohon keampunan dari mu kerana sanggup menukarkan perintah mu dengan kehendak nafsu amarah aku ini.aku terlalu kerdil untuk melawan kehendak nafsu aku ini melainkan kekuatan yang engkau kurniakan.ya ALLAH berikan lah kekuatan kepada aku supaya ketaatan aku ini dapat mengatasi kehendak nafsu ku ini.aku sedar semua kehidupan ku ini datang dari kemurahan mu ya ALLAH namun aku masih lagi berbuat maksiat kepada mu.ya ALLAH ampunkan lah dosa ini sesungguhnya aku tahu bahawa diri mu ini maha pemurah dan maha peyanyang dan jugak maha pegampun.ya ALLAH terimalah amalan aku ini.
    ya ALLAH akan aku usahakan bahawa segala perintah mu akan aku dahulu kan daripada kehendak hawa nafsu ini.ya ALLAH aku malu dengan mu dalam kebaikan mu yang tidak terkira banyaknya ini aku masih lagi aku berani untuk membelakangi mu.
    "YA ALLAH AMPUNKAN LAH DOSA AKU INI"
    01.02

    untuk mu hatta

    Posted by al-faqir_dungun
    sayut mendengar deringan talifon panggilan dari ust fahmi pukul 1.45 pagi yang mengatakan seorang hafiz dari terengganu telah meyahut panggilan dari ALLAH TAALA.dengan tiba-tiba sahaja titisan air mata berderai melabuh di pipi ku kerana teringatkan baru semalam aku berjumpa denganya dalam keadaan yang sedikit lemah kerana di katakan kurang sihat.ust hatta itulah pangilan yang biasa di gunakan oleh kawan-kawan dalam bermuamalat dengannya.ust hatta ni merupakan seorang hafiz yang datang dari sekoloh maahad terengganu.beliau merupakan seorang yang begitu baik akhlaknya dan tidak pernah membuat hati kawan-kawan terasa kerana dia merupakan insan yang tidak banyak bercakap dan sentiasa stady.gerak langkahnya yang begitu lembut,tutur bicara yang begitu serdahana dan senyuman yang sentiasa bermain dibibirnya sentiasa terungkit difikiranku.pemergian ust hattan merupakan satu kehilangan yang begitu besar buat aku dan juga pelajar terengganu. dia merupakan insan yang patut dijadikan contoh oleh semua sahabat-sahabat kerajinan beliau menghadirkan diri kemajlis ilmu,sentiasa sembahyang jemaah 5 waktu di surau,sentiasa bertemankan al-quran inilah sebahagian akhlak yang sentiasa ditunjuki oleh beliau yang kadang-kadang buat ku rasa malu dengan beliau kerana ketulusan akhlak beliau.ketika jemputan dari malaikat ALLAH TAALA dikatakan beliau dalam keadaan berpeluh dan pemergiaannya dalam keadaan yang begitu tenang...dan inilah sebahgian tanda-tanda berakhirnya seseorang yang husnul khotimah(kematian yang baik).yang diterangkan oleh SAIDINA RASULULLAH SAW.
    "YA ALLAH PELIHARALAH,RAHMATILAH,SAYANGILAH,AMPUNILAH,KURNIAKANLAH KEBAIKAN KEPADA SAHABAT KU INI DAN JADIKANLAH SYURGA SEBAGAI TEMPAT UNTUK SAHABAT KU INI BERSAMA DENGAN HAMBA-HAMBA MU YANG SOLEH YA ALLAH SESUNGGUHNYA ENGAKAULAH ZAT YANG MAHA AGUNG"

    alfatihah......untuk sahabat ku
    01.13

    darah istihadhah

    Posted by al-faqir_dungun
    keadaan-wanita wanita mustahadhah

    pertama
    :permulaan yang tidak dapat dibezakan iaitu wanita yang tidak pernah mempunyai haid yang diketahui kadarnya seperti permulaan haidnya dalam waktu yang kemungkinan berlaku haid lalu melepasi 15 hari dan ia tidak berupaya untuk membezakan jenis darah itu dimana darah yang keluar itu sama sahaja bentuknya atau dalam bentuk berlainan.dalam hal ini terdapat beberapa pendapat mazhab dikalangan fuqaha :pertamanya darah hainya dikira sehari semalam sahaja ia merupakan pendapat yang ashah dikalangan fuqaha syafie dan satu riwayat daripada imam ahmad.ini kerana sehari semalam merupakan tempoh yang diyakini sebagai haid sementara yang selebihnya ditahap kesangsian.oleh itu yang lebih itu tidak dihukumkan sebagai darah haid.dalam hal ini tempoh sucinya ialah 29 hari bagi mengenapkan sebulan 30 hari.pendapat kedua darah haidnya ialah selama 6 atau 7 hari sahaja sementara lebihan hari-hari dalam sebulan dikira sbagai waktu suci dan ini adalah pendapat imam atha,auzai,thauri,ishak dan satu riwayat dari sebahagian pendapat fuqaha syafie seperti imam syairazi,al-syeikh abdul hamid,al-qadhi abu al-tayyib,sulaim ar-razi,alruyani dan al-shashi. ini berdasarkan sabda RASULULLAH SAW kepada hamnahh binti jahsy
    "kamu berhaid dalam pengatahuan allah selama 6 atau 7 hari sebagaimana wanita-wanita kedatangan haid dan mereka bersuci bagi tempoh haid mereka dan tempoh suci mereka
    .ini adalah hadis sohih yang diriwayatkan oleh 5 perawi kecuali an-nasaie.

    Ini juga kerana jika wanita itu mempunyai sesuatu tempoh yang biasa dilaluinya maka hendaklah diambil kira tempoh yang dilalui itu dan jika ia tidak mempunyai tempoh yang biasa dilalui maka menurut zohirnya tempoh haidnya ialah sama seperti tempoh haid yang biasa dilalui oleh wanita-wanita lain.dalam hal ini kebiasaan bagi wanita manakah yang perlu diambil kira untuk dirinya?terdapat 4 wajah mengenainya dan wajah yang ashah mengatakan ia diambil kira dengan melihat kepada wanita-wanita kaum kerabatnya.
    pendapat ke 3 ialah pendapat fuqaha hanafi di mana mereka mengatakan tempoh yang diambil kira ialah hendaklah dengan merujuk kepada tempoh maksimun haid.disisi mereka tempoh maksimun haid ialah 10 hari.oleh itu tempoh bagi suci mereka ialah 20 hari setiap bulan.abu yusuf mengatakan jika ia hendak mengqodakan sembahyangnya maka hendaklah ia merujuk kepada tempoh 3 hari haidnya sebagai waktu minimum haid bagi mazhab hanafi dan jika hendak disetubuhi hendaklah merujuk kepada tempoh maksimun haid iaitu 10 hari bertujuan berhati-hati.diriwayatkan daripada malik yang beliau mengatakan hendaklaha diambil kira tempoh selama 15 hari dan satu riwayat daripadanya meyebutkan ia hendaklah mengikut tempoh wanita-wanita dikalangan sanak saudaranya.diriwayatkan daripada imam daud yang beliau mengatakan tempoh yang diambil kira ialah selama 15 hari.

    kedua:
    permulaan yang dapat dibezakan iaitu wanita yang kedatangan haid itu tidak mempunyai haid yang diketahui tempohnya sebelum kedatangan darah istihadhah.contohnya ialah ia mula kedatangan haid dan berterusan sehingga melepasi tempoh maksimun haid dan berterusan sehingga melepasi tempoh maksimun haid dan ia berupaya membezakan bentuk darah yang keluar seperti ia mendapatinya keluar dengan kuat dan lemah atau seperti ia melihat darah itu berwarna hitam atau berwarna hitam dan berwarna merah lalu semakin pudar warnanya walaupun memakan waktu yang panjang.dalam hal ini darah darah yang keluar dengan kuat itu dikira sebagai darah haid dengan syarat ia kurang daripada tempoh minimun haid dan tidak melepasi tempoh maksimun haid dan darah yang lemah itu tidak kurang dari sekurang-kurang tempoh suci iaitu 15 hari.

    jika darah yang kuat itu kurang dari tempoh minimun haid atau melepasi tempoh maksimun haid atau melepasi tempoh maksimun atau darah yang lemah itu kurang dari tempoh minimun suci seperti ia mendapati darah yang hitam hanya separuh hari sahaja atau 16 hari sahaja atau darah yang lemah itu didapati selama 14 hari atau ia mendapati sepanjang tempoh darah itu keluar,sehari berwarna hitam dan dua hari berwarna merah sehingga begitulah seterusnya ,maka dalam hal ini ia dianggap tidak mempunyai syarat untuk membezakan darah-darah itu.hukum mengenainya akan disebutkan nanti.ini berdasarkan hadist yang diriwayatkan daripada fatimah binti hubaish,di mana beliau berkata kepada RASULULLAH SAW sesungguhnya saya didatangi darah istihadhah adakah saya mesti meninggalkan sembahyang?RASULULLAH SAWCbersabda
    "sesungguhnya darah haids ialah darah berwarna hitam yang dikenali jika demikian halnya tinggallah sembahyang dan jiika sebaliknya maka berwududlah dan sembahyanglah sesungguhnya ia adalah irq(sejenis penyakit wanita)
    (hadis riwayat abu daud,al nasaie dan dianggap sohih oleh ibnu hibban dan al-hakim).maksud perkataan dikenali dalam hadish ini ialah darah itu diketahui oleh golongan wanita dengan sifatnya atau warna atau baunya.

    ketiga
    :kebiasaan yang dapat dibezakan :iaitu wanita yang telah pernah didatangi haid dan suci tetapi tidak dapat membezakan darahnya.jika kebiasaanya ia didatangi haid kurang daripada 15 hari lalu suatu ketika didapati darah itu melebihi tempoh yang biasa dilaluinya maka ia wajib imsak(menahan daripada melakukan ibadat yang diharamkan ketika haid)kerana ada kemungkinan darahnya akan berhenti sebelum melepasi 15 hari.maka jika darahnaya berhenti sebelum melepasi15 hari,keseluruhan hari yang darahnya datang dikira sebagai haid.jika darah itu melepasi 15 hari maka tahulah kita bahawa ia adalah darah istihadhah.oleh itu ia wajib mandi.kemudian jika darah itu tidak dapat dibezakan maka hendaklah dirujuk kepada kebiasaan tempoh yang dilaluinya.maka dalam hal ini darah haidnya ialah darah yang keluar dalam tempoh biasa ia alami sebelum itu dan yang selebihnya dikira sebagai darah istihadhah.ini berhenti pada yang selebihnya ia berada dalam keadaan suci dan ia wajib menqadakan sembahyangnya yang tinggal dalam tempoh itu.pada bulan yang seterusnya jika darahnya berterusan melebihi tempoh yang biasa dilaluinya,maka ia hendaklah mandi ketika tempoh itu telah melepasi tempoh kebiasaanya kerana kita mengatahui berdasarkan pada bulan yang sebelumnya ia didatangi darah istihadahah,oleh itu pada zahirnya darah istihadahah itu juga datang pada bulan yang kemudian.


    keempat:kebiasaan yang dapat dibezakan iaitu wanita yang biasa mempunyai darah haid pada tempoh dan kadar tertentu dan ia dapat membezakan darah yang keluar seperti ia mendapati darah itu keluar dengan kuat atau lemah maka darah itu diputuskan berdasarkan kepada perbezaanya.jika kebiasaanya ia mengalami haid selama 5 hari awal bulan sementara selebihnya ia dalam keadaan suci,lalu suatu ketika ia didatangi darah berterusan melebihi 5 hari dimana ia melihat darah yang berwarna hitam ada 10 hari pertama sementara hari yang selebihnya didapati darah yang berwarna merah,maka haidnya ialah selama 10 hari dan bukanya 5 hari sahaja.ini kerana perbezaan darah yang lebih kuat daripada kebiasaan tempoh haid yang ia lalui disebabkan ia sebagai tanda haid kepada wanita itu.jika tempoh kebiasaannya tidak bercanggah dengan perbezaan darah seperti kebiasaanya ia didatangi haid selama 5 hari dari awal bulan,lalu darah yang datang melebihi 5 hari berbeza dengan darah yang didalam masa 5 hari maka diambil hendaklah diambil kira dengan kedua-duanya sekali.pendapat kedua di kalangan ulama mengatakan dalam hal ini hendaklah dilihat kepada kebiasaan tempoh yang dilaluinya.ia merupakan pendapat khairan,al-ustukhuri dan pendapat dalam mazhab abu hanifah dan ahmad.ini berdasarkan sabda RASULULLAH SAW"
    "hendaklah ditunggu pada bilangan hari dan malam yang mereka kedatangan haid"
    ini juga kerana mengikut adat kebiasaan adalah sabit dan tetap sementara mengikut perbezaan terdedah kepada kepupusan.mereka juga berdasarkan kepada sabda RASULULLAH SAW kepada ummu habibah:
    "tunggulah sekadar masa kamu berada dalam haid kamu kemudian mandi dan sembahyanglah"

    dalam hadith ini menunjukkan hendaklah dirujuk kepada kebiasaan tempoh haid kerana ia lebih kuat disebabkan dalil yang diperolehi melalui cara ini tidak terbatal sementara dengan berdasarkan warna darah apabila melebihi tempoh maksimum haid maka dalil tentang haid itu batal.oleh itu apa yang tidak terbatal dalilnya lebih kuat dan utama dipegangi.

    kita telah meyebutkan bahawa mazhab syafie berpendapat hendaklah diamalkan dengan kebiasaan jika ia bersedirian dan jika cara dan jika cara perbezaan persendirian hendaklah diamalkan dengan cara itu.tetapi jika kedua-dua cara itu ada hendaklah didahulukan cara perbezaan menurut pendapat yang sohih.imam ahmad mengatakan hendaklah didahulukan cara kebiasaan apabila kedua-duanya kedapatan.abu hanifah dan al-thauri mengatakan:cara perbezaan tidak diambilkira sama sekali dan hendaklah dipakai cara kebiasaan sekiranya ada.sekiraya tidak ada cara kebiasaan maka ia hendaklah diambilkira mengikut cara permulaan.imam malik mengatakan cara kebiasaan tidak dipakai sebaliknya dipakai cara perbezaan sekiranya ada.

    sekiranya pembaca rasa terdapat kemusykilan terhadap masalah ini bolehlah tulis kemusykilan di dalam ruang komen dalam bab ini insyallah pemilik blog akan cuba dapatkan jawapan tentang kemusykilan ini insyallah.

    rujukan:hukum dan persoalan darah-darah
    pegarang:syeikh nuruddin al-banjari al-makki
    01.28

    islam VS keganasan

    Posted by al-faqir_dungun

    telah lama tidak saya menulis bukan kerana sibuk tetapi jiwa semakin hari semakin berserabut dan tertekan tetapi tidak tahu apa puncanya mugkin kerana diri saya ni sentiasa berada dalam keadaan maksiat.

    "ya allah jadikan lah hamba mu ini berada di kalangan orang-orang yang engkau redoi"

    sejak kebelangan ini berita yang semua manusia tahu adalah berkaitan dengan pengcerobohan dari binatang yang bertopengkan manusia iaitu israel didalam negara yang menjadi tempat persinggahan SAIDINA RASULULLAH SAW ketika mana malam isra.pengcerobohan ini berlaku tidak lain tidak bukan kerana islam dituduh sebagai agama yang menganjurkan keganasan.tetapi adakah ini hakikat yang diajar oleh rasulullah yang terdapat dalam islam ataupun hanya sediwara golongan laknatullah untuk menghalalkan mereka membunuh umat islam seperti yang berlaku hari ini di palestin di iraq dan afganistan?.insyallah saya akn cuba membuktikan kepada semua pembaca bahawa agama islam ini tidak pernah pun mendidik atau mengajar penganutnya supaya melakukan keganasan diatas muka bumi ALLAH TAALA ini.

    insyallah bukti yang akan saya tulis ini merupakan sejarah yang telah terbukti yangmana ia akui oleh orang kafir sendiri.ketika zaman pemerintahan islam memerintah negara arab selama 1400 tahun terdapat menganut agama yang bukan islam didalamnya(bawah pemerintahan islam) seramai 14 juta yang beragama kristian koptik yang diwarisi secara turun temurun jika kami(islam)mahu tentu sudah lama mereka semua ini dipaksa untuk mereka ini masuk agama islam ataupun kami bunuh sekiranya mereka ingkar atau melawan kehendak kami sepertimana yang berlaku di spanyol ketika zaman kejatuhan umat islam dimana semua umat islam dipaksa untuk memeluk agama lain kalau mengingkari perintah ini tentu mereka ini akan dibunuh.cara yang diajar oleh islam terlalu berbeza dengan cara yang digunakan oleh agama lain.disini telah terbukti bahawa islam itu tidak pernah sama sekali menganjurkan keganasan sepertimana yang dikatakan oleh orang barat ataupun musuh-musuh ALLAH.

    dalam tempoh 9 bulan selepas peristiwa 11 september berlaku diamerika seramai 34000 orang amerika yang menganut islam .menurut yvonne ridley pula dalam tempoh 9 hingga 10 bulan selepas tragedi tersebut 22000 orang eropah masuk islam.lebih ramai orang yang meyerang islam lebih ramai lah orang memeluk islam.ini lah yang dikatakan oleh ALLAH TAALA.

    "mereka merancang dan ALLAH juga merancang dan perancangan ALLAH lah yang terbaik"

    pada hari ini agama yang paling berkembang diamerika dan eropah ialah islam.saya ingin bertanya orang islam manakah yang menghunus pedang kepad orang amerika dan eropah?berapa orang kafir mati yang kena bunuh sebab tidak mahu ikut islam?disini telah terbukti bahawa islam tidak pernah mengajar keganasan.jelaslah kepada kita bahawa islam agama yang mengutamakan kedamaian bukan keganasan.maka kita sebagai umat islamwajib bangkit untuk membuktikan bahawa islam ini adalah agama yang terbaik lebih dari yang lain sepertimana firman ALLAH TAALA.

    "sesungguhnya agama yang diredoi oleh ALLAH hanya lah islam"

    semoga tulisan saya ini mendapat keberkatan dari ALLAH TAALA.segala komen dan kritikan amatlah dialu-alu kan supaya saya dapat meningkatkan kefahamn saya ini.wallahualam


    21.28

    berbangga dengan maksiat

    Posted by al-faqir_dungun
    pada hari ini kita kekejutkan satu peristiwa yang mana sangat mengejutkan dan memalukan yang berlaku ditanah air sendiri sendiri iaitu malaysia negara yang mana pemimpin negara mengaku bahawa malaysia salah satu negara islam yang menjadi contoh.kalau kita dapati berita metro menceritakan keadaan yang berlaku pada pemuda negara yang semakin hari semakin lalai dengan dunia hiburan dan dunia maksiat dalam waktu yang sama mereka berbangga pula dengan maksiat yang mereka lakukan.

    pemuda-pemuda ini pada seawal usia 10 tahun sudah ada yang minum arak,berzina,merempet dan banyak lagi.malah mereka akan memulau dan menghina kawan-kawan mereka yang masih lagi mempunyai dara dalam waktu yang sama mereka memaksa kawan mereka yang masih dara itu supaya berzina.inilah yang berlaku pada masyarakat kita hari ini dalam pemikiran kita kenapa hal ini berlaku?kepada siapa yang kita nak persalahkan?

    persoalan ini sebenar telah lama terjawab sejak 1400 tahun dahulu lagi di mana pernah rasulullah SAW bersabda.

    "aku tinggalkan kepada kamu dua perkara sekiranya kamu berpegang dengan nya tentu kamu tidak akan sesat selamanya dua perkara itu ialah al-quran dan sunnah rasulullah "

    sekiranya kita yakin dengan pesanan nabi ini tentu kita akan kembali kepada sumber asal iaitu al-quran dan sunnah seperti mana yang dijelaskan oleh ALLAH TAALA sendiri yang bermaksud"

    apabila kamu berbalah mengenai sesuatu maka hendaklah kamu kembali ke ALLAH dan RASUL"


    maka disini suka saya sarankan kepada semua supaya kita kembalilah kepada quran dan sunnah dan jangan disebabkan sesuatu yang kita taksub padanya hingga kita sanggup menghina quran dan sunnah sepertimana pernah berlaku ditanah air sendiri yang mana mereka sembahyang hajat supaya tidak melaksanakan hukum islam.jadi marilah kita sama-sama melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh ALLAH TAALA supya kita berjaya.dan biarlah kita dihina oleh semua manusia disebabkan kita berjuang kerana untuk menegakkan perintah ALLAH dari kita dipuji oleh semua manusia pada waktu yang sama di bawah laknat ALLAH TAALA nauzubillah min zalik.

    saya dengan penuh yakin bahawa semua masaalah akan selesai sekiranya kita kembali kepada kepada al-quran dan sunnah.ini kerana kita telah tengok bagaimana zaman RASULULLAH ialah zaman yang paling agong yang mana semua manusia dan makhluk lain jadi bahgia dengan tertegaknya ISLAM wallahualam